Saturday, January 17, 2009

Long Run

Badan dah rasa selesa. Sekarang ni pening dah kira standard, kalu aku tak pening tu dah kira pelik, sampai masa lari pun terasa gak tapi apa ada hal... kalu nak tunggu pening tu hilang tak tau la aku sampai bila nak kena tunggu...

Jadi sepanjang minggu ni Isnin, selasa dan rabu aku balik keje lewat, jadi tak sempat buat apa apa... hari khamis buat sikit larian dan hari jumaat rest pasal rancangannya hari ni ( sabtu ) nak buat "long run" konon... maksud aku "long run" ialah larian melebihi 30 minit yang biasa aku dok buat tu...

Hasilnya ....

Naah... memang "long"


Jarak dan masa tu tak aci pasal aku dah lari dalam 5 minit baru la phone ni dapat mengesan satelit..


Kesimpulannya, ok la tu pasal aku capai target utk lari 15min tanpa henti dengan HR bawah 150 dan masa pun kira lebih 30 minit pasal aku mula larian sebelum phone tu dapat mengesan satelit.... Alhamdulillah...

Melihatkan keadaan sekarang ni nampaknya lambat lagi la nak melayakkan aku masuk mana mana larian kat luaw sana nun...

Saturday, January 10, 2009

Alhamdulilllaaah.....

Minggu ke dua 2009, aku memulakan larian dan sedikit kayuhan.... Untuk permulaan iaitu selepas berehat lebih 6 bulan akibat dari cobaan ni.

Masalah utama sekarang ni ialah aku masih pening pening lagi tapi kalu nak dibandingkan dengan 6 bulan lepas kira sekarang ni dah 70% pulih la.. Jadi apalagi, bila badan dah terasa sihat mula la kaki gatal balik nak lari dan kayuh...

Untuk minggu ni aku tetapkan larian dalam masa 35 minit dengan diselangkan dengan 2 minit jalan laju setiap 8 minit larian dan HR dalam lingkungan 145-150. Alhamdulillah aku rasa selesa...

Aku juga mula buat kayuhan dalam masa 45 minit dengan HR < 150 pun selesa Allhamdulillah.... tapi rasanya masih terlalu awal untuk bagi RPM ( Report Permainan Mingguan) yg selalu aku buat sebelum ni... takpa la janji aku dah mula balik aktivit yang dah lama aku tinggal ni..... Alhamdulillah....

tTrek Jogging yang sekarang ni aku buag larian, trek ni juga tempat mula-mula aku buat larian untuk tujuan triathlon dulu.. masih ingat lagi lari 10 minit dah semput.. lepas tu balik pam 2 batang rokok... tapi sekarang ni aku dah tak merokok lagi Alhamdulillah....


IM09??? "sempat lagi kalu aku mula training ni, pasal lambat lagikan? lebih kurang 5 minggu je lagi!!!!" Untuk IM09 ni pada mulanya aku berpakat dengan Si Ayam ni untuk sama-sama mencuba tapi disebabkan cobaan yang aku hadapi tempoh hari, maka terpaksalah aku tunda. Tapi dia teruskan juga latihan yang sepatutnya kita lakukan bersama... hebat betoi cobaan kalau membuat latihan jarak jauh sorang sorang ni..... tapi mamat ni memang kuat semangatnya... Alhamdulillah...

Jadi untuk IM09 ni aku berazam untuk membawa balik sebanyak mungkin botol ni... hehheheee... InsyaAllah...

Thursday, December 25, 2008

CT Scan

Hari Isnin lepas pergi buat rawatan susulan di HPD. Doktor bagi tau satu hormon aku ditahap rendah tapi tak memberi masalah. Tapi ada satu hormon lain menunjukkan bacaan yang agak tinggi. Hormon ni dihasilkan oleh kelenjar Adrenal yang letaknya diatas kedua-dua buah pinggang.

Doktor tu cakap, kalau ada pembesaran pada kelenjar ni maka terpaksa dilakukan pembedahan.... HHHHAAAAAAA Operation lagi ka Doc weh????? Apsal problem aku berkaitan dengan kelenjar je nih... tempoh hari kelenjar Pituitary yg membesar, kena operate... kali ni kelenjar ni plak... pelik gak yer... mmmmmm

Dia suruh aku gi buat CT Scan & mcm biasalah.. kena baringla dalam mesin tu dekat stengah jam dan hasilnya



Alhamdulillah tak ada apa apa yang abnormal... sekurang kurangnya aku tahu yang kawasan abdomen aku ni termasuklah hati, pundi kencing, kelenjar adrenal tu, buah pinggan aku semuanya ok .... Alhamdulillah....

Tuesday, December 23, 2008

Zakat


Bercerita dengan beberapa kenalan pasal zakat ni, ramai yg kata diorang memang bayar zakat... tapi zakat yang selalu kita bayar tu adalah ZAKAT FITRAH masa bulan posa tu je... Ada beberapa lagi zakat yang agak ramai tak berapa perasan sangat termasukah aku sendiri... Aku bukannya terer sangat bab bab zakat ni tapi yang aku tau ada ZAKAT PENDAPATAN, ZAKAT PERNIAGAAN, ZAKAT SIMPANAN, ZAKAT EMAS DAN PERAK dll...

Setiap satunya adalah WAJIB kita tunaikan jika cukup perkiraannya dari segi tempoh dan jumlahnya..

Mungkin promosinya tak cukup hebat hingga orang ramai tak berapa ambil kesah walhal benda tu WAJIB kita tunaikan... Kalau nak tau berapa zakat yang patut kita bayar bolehlah ke Lembaga Zakat ni

Jumlah yang dipotong untuk membayar zakat tu pula boleh ditolak ngan Income Tax.. Jadi, mai la kita membayar zakat terutamanya ZAKAT PENDAPATAN yg kebanyakan dari kengkawan aku termasuklah aku sendiri yang terlepas pandang ni InsyaAllah.....

Saturday, December 20, 2008

Jari oh jari...

Aku tak tau kalau korang tapi aku melalak tepi kereta dalam hujan lepas jari ni tersepit pintu kereta... Dia punya denyut tak payah cerita la, makan pain killer pun tak jalan huh...

Mula-mula lebamnya tak la teruk tapi selepas 2-3 hari kuku dah lebam...


Tuesday, December 16, 2008

TestTest test...

Sampai rumah kat Rawang hari sabtu baru ni... badan dok ingat mau cuti lagi, cuti plak dah selamat diperabiskan. Masuk kerja hari isnin terus kena kerja lebih masa, hari ni pun sama. Maklumlah, member lain plak cuti beramai ramai sampai tak cukup kakitangan bahagian aku ni peh...

Dok kampung tempoh hari ntah macam mana satu hari tu signal bagus sampai aku boleh post kat blog ni, lepas hari tu network terus hancus almaklumlah kampung la katakan... hanya boleh baca blog member2 je..

Ramai member menunjukkan minat pasal cerita roti aku skg ni... wokey lah, nanti aku post crita pasal mesin dan mcm mana nak buat roti yg cukup mudah tu... InsyaAllah

Tuesday, December 2, 2008

Cuti cuti cuti woit....

Ha.... skarang kami kat kampung di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan nun... sempena cuti Hari Raya Haji... :-), 2 minggu cuti kami kali ni, best giler...

Perjalanan balik kami tak terganggu oleh banjir Alhamdulillah....
Selalunya bila cuti panjang gini kami ambik peluang untuk balik kampung je, jarang sangat cuti panjang kitorang digunakan untuk bercuti dilain-lain tempat, kecuali di kampung.. bab nak berjalan lain lain tempat tu selalunya kami gunakan semasa cuti cuti pendek hujung minggu saja...

Aku rasa cuti panjang ni baiklah dok kampung pasal emak dan ayah masih ada lagi dan adik adik ramai yang dok kat kampung.... seronok sangat bila bersama diorang nih... tambah pulak sekarang ni musim tengkujuh... sejuuuuuuuuukkkkk.....

Cerita bab banjir ni, banjir kami di pantai timur ni tak macam banjir di KL. Di pantai timur ni kalau banjir, kami sempat lagi punggah barang barang rumah ke tempat tinggi supaya selamat dan bersedia menghadapi banjir. Di KL selalunya banjir kilat, sampai tak sempat nak selamatkan barang barang...

Apa-apa pun selamat bercutilah untuk kengkawan yang sedang ataupun akan bercuti dihujung tahun ni yer...

Bersampan... huh... best giler...


Didepan Masjid Besar Kota Bharu.. masjid ni memang dibina tinggi oleh tok nenek dulu supaya tak tenggelam masa banjir...


Menara jam besar Kota Bharu, menara ni juga dibina tinggi supaya tak tenggelam masa banjir heheheheee....


Satu bandar kota bharu dipenuhi air, kecuali di dalam Istana Balai Besar di belakang tugu Al-Quran tu... air yang masuk melalui dinding istana ni akan disalurkan ke satu tempat dibelakang istana dan dipam keluar jadi kawasan istana akan sentiasa kering..


Unit kecemasan HBKB ni pun nampaknya dalam keadaan cemas..


Gambar ni diambil semasa banjir 2005 kalau tak silap..