Saturday, January 31, 2009

Jantina Baby

Berminat nak plan jantina baby lelaki ke pompuan? Aku bandingkan untuk 5 orang anak aku dan 4 daripadanya memang kena dengan jadual ni.... Jadi kalau sapa sapa berminat nak merancang jantina anak, buleh la cuba jadual dibawah ni sekadar ikhtiar saja... InsyaAllah menjadi...

Tuesday, January 27, 2009

UFO

video

Benarkah gambar dalam video ni... nampak macam betoikan kan kan.... Almaknanya kalau betol maknanya tak sia-sialah National Geographic buat dokumentari pasal benda Allah ni...

Friday, January 23, 2009

Misteri....

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DIBELENGGU MISTERI HIIHIHHHHIIIIIIII!!!!!
Kayuhan malam geng BBB di Ladang Tuan Mee tempoh hari....



Ada tamu rupanyer... hampehh...ketualanun

Sunday, January 18, 2009

Bubur As-Syura

Ujung minggu lepas kitorang geng-geng BBB telah bersama-sama membuat satu projek mengacau bubur As-syura... macam biasala projek ni kalau takat 2 3 orang nak buat memang takkan jadinyer.. Jadi berpakatlah kami geng basikal Bandar Tasik Puteri ni untuk mencuba satu aktiviti baru kami selain dari berkayuh... Bro Kelolo & isteri mengetuai projek ni.. santan ada orang derma, kawah, gas dll dibekalkan oleh member bbb sendiri...

Satu benda yang menarik bila membuat aktiviti ni ialah kita dapat lihat betapa muafakat antara kami memainkan peranan masing-masing... Aktiviti ini juga secara tak langsung dapat merapatkan hubungan persahabatan kami di BTP ni.. Pendek kata kalau tak satu kepala memang tak jadila projek macam ni....

Acara potong memotong oleh kaum suri... menyediakan bahan mentah untuk dikacau nanti..

Makan kau kau dulu, lepas ni nak memerah tenaga nih...

Muda & Langgark beraksi..

Wak Labeb & IkanBilis... part yang last ni la yang diorang berdua dok tunggu tunggu...

Sekitar khemah urussetia...

Cebok bang jangan tak cebok

Naah... sampai kering lorr..

Hasilnya memang best... hingga menjilat kayu pengacau tu.. huuuhh.. gelojoh betoi Obaman ngan Ayahanda ni...

Belacan yang wangi bersama handycam yg boleh wat menyelam tu... sib baik dia tak celup dalam kawah tu...

Saturday, January 17, 2009

Long Run

Badan dah rasa selesa. Sekarang ni pening dah kira standard, kalu aku tak pening tu dah kira pelik, sampai masa lari pun terasa gak tapi apa ada hal... kalu nak tunggu pening tu hilang tak tau la aku sampai bila nak kena tunggu...

Jadi sepanjang minggu ni Isnin, selasa dan rabu aku balik keje lewat, jadi tak sempat buat apa apa... hari khamis buat sikit larian dan hari jumaat rest pasal rancangannya hari ni ( sabtu ) nak buat "long run" konon... maksud aku "long run" ialah larian melebihi 30 minit yang biasa aku dok buat tu...

Hasilnya ....

Naah... memang "long"


Jarak dan masa tu tak aci pasal aku dah lari dalam 5 minit baru la phone ni dapat mengesan satelit..


Kesimpulannya, ok la tu pasal aku capai target utk lari 15min tanpa henti dengan HR bawah 150 dan masa pun kira lebih 30 minit pasal aku mula larian sebelum phone tu dapat mengesan satelit.... Alhamdulillah...

Melihatkan keadaan sekarang ni nampaknya lambat lagi la nak melayakkan aku masuk mana mana larian kat luaw sana nun...

Saturday, January 10, 2009

Alhamdulilllaaah.....

Minggu ke dua 2009, aku memulakan larian dan sedikit kayuhan.... Untuk permulaan iaitu selepas berehat lebih 6 bulan akibat dari cobaan ni.

Masalah utama sekarang ni ialah aku masih pening pening lagi tapi kalu nak dibandingkan dengan 6 bulan lepas kira sekarang ni dah 70% pulih la.. Jadi apalagi, bila badan dah terasa sihat mula la kaki gatal balik nak lari dan kayuh...

Untuk minggu ni aku tetapkan larian dalam masa 35 minit dengan diselangkan dengan 2 minit jalan laju setiap 8 minit larian dan HR dalam lingkungan 145-150. Alhamdulillah aku rasa selesa...

Aku juga mula buat kayuhan dalam masa 45 minit dengan HR < 150 pun selesa Allhamdulillah.... tapi rasanya masih terlalu awal untuk bagi RPM ( Report Permainan Mingguan) yg selalu aku buat sebelum ni... takpa la janji aku dah mula balik aktivit yang dah lama aku tinggal ni..... Alhamdulillah....

tTrek Jogging yang sekarang ni aku buag larian, trek ni juga tempat mula-mula aku buat larian untuk tujuan triathlon dulu.. masih ingat lagi lari 10 minit dah semput.. lepas tu balik pam 2 batang rokok... tapi sekarang ni aku dah tak merokok lagi Alhamdulillah....


IM09??? "sempat lagi kalu aku mula training ni, pasal lambat lagikan? lebih kurang 5 minggu je lagi!!!!" Untuk IM09 ni pada mulanya aku berpakat dengan Si Ayam ni untuk sama-sama mencuba tapi disebabkan cobaan yang aku hadapi tempoh hari, maka terpaksalah aku tunda. Tapi dia teruskan juga latihan yang sepatutnya kita lakukan bersama... hebat betoi cobaan kalau membuat latihan jarak jauh sorang sorang ni..... tapi mamat ni memang kuat semangatnya... Alhamdulillah...

Jadi untuk IM09 ni aku berazam untuk membawa balik sebanyak mungkin botol ni... hehheheee... InsyaAllah...