Wednesday, August 27, 2008

Cuti Sekolah di ICU

Cuti sekolah ni tak berapa best utk aku... almaklumlah terpaksa melalui pembedahan otak utk mengeluarkan ketumbuhan di Kelenjar Pituitari... MENGERUNKAN!!!

Pagi pagi bergaya dulu dengan baju bilik bedah ni...


Misi ni seawal pagi dah masuk bilik utk spray lubang hidung aku kasi clear dulu path utk pembedahan...


Misi cute ni plak yg datang lepas tu utk tolak aku ke ICU utk dibius


Bab bius ni yg ngeri sket pasal aku tersedar masa dibius tapi seluruh badan tak boleh nak gerak & mata pun tak boleh bukak tapi aku boleh rasa diorang dok sumbat tekak aku supaya paip life support aku ketat... nak muntah tapi tak leh pasal satu badan dah tak boleh gerak..

Nasib baik la aku sedar kejap je.. pastu terus tak sedar...

Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar hinggalah selepas 5 jam kemudian aku mula dipindahkan ke ICU...



2 hari di ICU (Intensive Care Unit), 2 hari di HDU (High Dependency Unit), 3 hari bernafas ikut mulut = 3 hari tak makan, minum je .... Cukup memeritkan... tapi kalau nak fikir balik, kecik lagi cubaan yang Allah bagi kat aku ni...



Antara hari paling gembira dalam hidup... Penyumbat hidung aku dah dibuang... pagi tu jugak aku balun sarapan kow kow & siap tapau lagi dari umah utk mengisi perut yg dah 3 hari tak berisi ni...


Walaupun dah boleh bernafas ikut hidung, tapi darah masih keluar lagi, maka diorang letak kain plaster ni bagi mengelakkan darah terus mengalir...
Sistem badan tonggang terbalik dalam tempoh 4 hari tu.. air kencing keluar hingga 3Litre sehari walaupun aku tak makan tak minum..


Air Kencing, sistem hormon badan dan yg lain lain tu kena monitor hingga kembali normal...

He heee... hari pertama di wad biasa... masih lagi dengan baju hijau ni... pasal senang diorang nak terjah aku kalu ada apa apa emergency...



Tamat cuti sekolah, aku masih bercuti lagi di spital

Aku baru ingat.. 1 hari di Hospital = 3 hari di rumah rasanya... itu belum campur hari hari di ICU tu.. mmmmm.....

Maaf.. gambar tak berapa lengkap pasal yg dari phone aku ada yg tak boleh dipindahkan ke PC..

No comments: