Friday, August 8, 2008

Tahukah Anda - Khasiat air



Dr. Masaru Emoto, saintis Jepun banyak menulis berkenaan kehebatan air.
Katanya di dalam buku The Miracle of Water, "Air fleksibel pada apa-apa yang diucapkan oleh manusia. Sekiranya ucapan positif yang diungkapkan, kualitinya menjadi baik. Sebaliknya, kualiti air teruk sekiranya kata-kata negatif terpacul daripada lidah manusia kepada air itu."

Buktinya, beliau menggunakan beberapa sampel air. Setiap air itu diberikan ucapan yang berlainan, alunan muzik dan label-label dengan perkataan yang tersendiri. Kemudian cawan-cawan itu diletakkan di dalam peti sejuk dengan suhu -25 darjah Celsius atau lebih rendah. Selepas tiga jam, air-air itu dikeluarkan dan menghasilkan pelbagai bentuk yang unik. Setiap butir ais hanya dapat dilihat melalui mikroskop. Sebahagian air itu membentuk kristal yang sangat indah. Namun ada juga air yang tidak membentuk kristal.

Air juga dipengaruhi oleh informasi yang diterima. Emoto ada menjalankan ujikaji dengan menggunakan dua sampel air daripada sumber yang sama. Sampel pertama dilabelkan dengan “Terima kasih”. Manakala sampel kedua diberi label dengan ayat “Kamu bodoh”. Selepas dibekukan, air yang berlabelkan “Terima kasih” membentuk kristal heksagonal yang indah. Sedangkan air dengan label “Kamu bodoh” hanya membentuk pecahan-pecahan kristal.



Dengan terhasilnya penyelidikan saintifik oleh Masaru Emoto berkaitan air ini, ia sekaligus membuktikan keberkesanan rawatan Islam yang dijalankan oleh Dato’ Dr. Haron Din dan kepercayaan orang Melayu yang memberikan anak-anak minum air daripada majlis membaca Surah Yasin.

Itu baru je ucapan terima kasih, kalaulah air tu dibacakan Al-Fatihah ke Ya Siin ke... agak agaknya la kan, lagi la cantik kristal air tu yer...

No comments: