Saturday, May 23, 2009

Bina semula Pechigro

Pechigro ni satu trail MTB yg memang favourite aku... tapi dah lebih setahun tak ada member BBB yg menggunakanya, akibatnya trail ni dah jadi mcm tak pernah orang lalu... resam, lalang tumbuh hingga tak nampak trail asalnya...

Jadi apalagi... kami jalankan operasi pembersihan la kat trail tu supaya dapat diguna kembali...

Subur sungguh tanah kat sini... tinggal setahun pun dah tak nampak trail....


Nasib baik ada Wak yang pakar dalam bab menebas ni...


Dia mesin semak di trail lama hingga jadi beberapa trail baru plak... uh uh uuh terer wak nih..

Wak tak keseorangan sebenarnya... dia bawak Pakcik ni sama.... dia kata share partner dia... memang cekap dlam bab menyapu trail... heheeeee


Lihat lah betapa cekap diorang nih...


watak dan gamber hanyalah ciptaan semata mata... jgn la plak call aku pasal nak mintak khidmat diorang nih yer...

Wednesday, May 20, 2009

Tukar Crank

Crank yang aku pakai ni dah lebih 5 tahun... prestasi pun dah tak brapa ok, memanjang je loose semasa mendaki.. aku cukup berpuas hati dengan model lama yang aku pakai tu dan tukar kepada jenama yang sama jugak... alasan - harga murah dan tahan lama...
Crank lama - Truvativ Stylo

Model yg sama.... harap harap yg ni dapat perform mcm yang lama... InsyaAllah...

Mekanik "specialist" yg tak sabar sabar nak membaraikan crank lama aku... baju kerja pun tak sempat tukar... TQ Ayahanda & Aboi....

Sunday, May 17, 2009

Kayuh santai ke Gohtong Jaya

Lama sungguh tak bercerita.... kali ni aku nak crita plak pasal kayuhan hari ni..

Bermula dari BTP - Templer Park - Selayang - Gombak - Hospital Orang Asli - Genting Sempah - Gohtong - Batang Kali - Rawang - BTP....

Waaa... bleh tahan gak jauh perjalanan hari ni.. total 130km dengan MTB dan rak yg penuh dengan pakaian, ubat-ubatan, botol air dll...

Kat Gombak..
\
Jalan lama ke Genting Sempah...

Downhill... layaaannnn...

Tengok la kat puncak bukit tuu...

Gohtong Jaya


Antara hentian utk hilang penat..

Malas nak gerak pasal kat sini cuaca memang best... berangin dan sejuk...

Aku tak berapa paham camna dunia ni berpusing bila bleh terjumpa gak ngan geng BBB ni kat jeram tak tau nama ni.. heeeeheee...

Air kelapa paling best aku minum... masa ni dahaga betoi...

Van pakcik ni jadi port... hantam sajalah...