Monday, November 29, 2010

Jalan jalan cari Strawberry

Salam....

Pagi minggu selepas selesai larian ringan, aku ajak Ejan jalan jalan cari strawberri di Cameron Highland... Cadangan laluan ikut jalan lama Tapah. Sebelum jalan alternatif Simpang Pulai - CH siap kitorang tak pernah pasang niat nak ke CH ni pasal jalan Tapah ni konarnye banyak sangat.... Boleh mendatangkan pining kami sekeluarga dalam kereta...

Disebabkan lalauan Tapah-CH ni aku tak pernah lalu, jadi kitorang ambil keputusan nak trai jalan ni... kurang kurang ngan motor tak la mabuk InsyaAllah....

Nak keluar je dari rumah aku tengok lampu motor tak nyala... kena la ke pekan rawang dulu cari kedai eksesori kereta. Siap pasang bulb baru, pam angin tayar, isi minyak semua tu masa dah pukul 1030 pagi... takpalah lewat sket,,, kita pegi jugak...

Sepanjang perjalanan ke Tapah kitorang tengok ramai dah mat mat rempit dah pun dalam perjalanan balik dari merempit ntah mana mana.... Sejam perjalanan kami sampai di Tapah dan mula menuruti jalan lama tu...

Wah... boleh tahan gak konarnye... kalau kitorang berkereta ikut laluan ni kompom mabuk pnye... Sampai tanah rata dalam sejam jugak, tp yang menarik adalah latar Iskandar. Plan singgah masa turun nanti hehee...

Terus ke kebun strawberry untuk menyempurnakan pesanan orang umah... dalam perjalanan ke sana buleh la pulak kitorang terserempak ngan Abe Asri kita ni.... macam mana rasa timbul utk ke CH pada masa yg sama utk aku dan Asri ni yg aku musykil sket ni... memang takdak plan pun... hahahaa kecik betul dunia nih....

Asri ngan GS kebanggaan...

Gambar ni dekat toilet sebenarnya tp tadak hal lah... janji tak nampak itu toilet hehee... camne di Asri ni bleh tinggi dari aku plak ni? Tshirt kitorang memang standard la... naik moto pong pakai tshirt yg dapat free masa race heheee...

Teman semotor... Ejan anak sulung ambo.. dia ngan umi dia je aku rasa muat untuk naik motor jauh ni... yang lain kecik lagi... sib baik Ejan...

Layan ice cream dulu kat kebun tu... memang mesti beli setiap kali kami datang sini..

Lepas selesai beli strawberry, kitorang singgah di Teh Bharat utk menyempurnakan pesanan kedua orang umah... sepatutnya kami ke Ladang Boh di Habu tp pasal masa dah taknak kawan, kitorang singgah di Teh Bharat aje...


Oder dua teh original, diorang kasi gula & susu full cream. Ejan minum susu tu aje... betuah pnye budak...

Abg Asri yg encem.. cheeh!!!

Itu susu yg dia minum, bukan tehnya...

Gambar dulu sekeping sbelum turun ke latar Iskandar


Latar Iskandar... berhenti tepi jambatan tu aje pasal tadak parking...






Lepak kejap sambil menikmati pemandangan sebelum terus gerak balik Rawang....

Ramai gak mat motor yang ikut laluan ni...

Sampai rumah petang tu terus kitorang makan Strawberry ngan teh bersama sama sebagai hidangan petang.... Alhamdulillah....


Lain hari plan nak pegi lagi InsyaAllah....

Steamboat & Grill

Salam...

Kanak-kanak bercuti di Nilai sepanjang minggu lepas. Hujung minggu ni diorang dihantar pulang oleh pakcik diorang. Alang alang diorang dah datang tu kitorang ambik keputusan untuk jemput diorang ke Steamboat Grill feveret kitorang....


Jarang jarang skali ambil peluang bersantai ngan sepupu....
Biasalah, kalau makan kat sinin... setengah jam pertama memang takdak masa nak bercakap.. perut kosong & masing masing sibuk...
Bagi menyempurnakan janji kat Nisya... baru baru ni dia selamat menjalani pembedahan... aku pun tak tau apa yg dibuang tp dalam ruang dada... Alhamdulillah...
kecik tp makan banyak....
terus mengunyah walaupun kitorang dah penuh...
baru lah boleh tengoh muka sedara... perut dah kenyang Alhamdulillah...
Ada play ground kecik utk kanak kanak main...
makan lagiiiikkkk.....
sepupu sepapat...
Aufa... kami pnye yang ke lima...kami lepak sini sampai hampir kol 10 malam...

Ejan & Yuyu
Anis....
Makan dah setel... jom... balik... Alhamdulillah....


Saturday, November 27, 2010

Kayuh pusing kebun

Salam...

Lama betul aku tak kayuh MTB, hari ni dapat peluang untuk ikut sahabat dari BBB berkayuh santai di kebun kebanggaan kitorang Ladang Tuan Mee. Malam dah siapkan alatan perang takut kelam kelibut belah pagi...

Ramai gak yg join kayuhan pagi ni.. target gerai roti canai kat tasik biru dan patah balik. Kayuhan diketuai Tuan Haji Chai... Seronok betul rasa kayuhan kali ni, mana taknya, terakhir kayuh MTB masa kayuhan malam bulan puasa di Kiara... huh....

Disebabkan lama sangat tak kayuh MTB ni, beskal aku buat perangai... Pertama tayar pancit kena duri pelepah sawit dan kedua rantai putus... ok la tu... salam pengenalan la katakan.

Kali ni untuk tiub bocor tu aku guna penampal segera jimat yang amat. Nak kata lambat tak la lambat sangat pasal tak perlu guna gam, terus je tampal ke tempat bocor tu... bila nak pam tayar pulak si Fino bagi cuba tiub CO2... wah mudah sungguh... aku plan nak spare CO2 ni kat motor & beskal masa pegi race mana mana InsyaAllah....

Kayuhan berakhir hampir pukul 1pm termasuk semua, gelak, makan, minum, repair tayar, repair rantai.

dari camera yg agak susah nak pakai... itu pasal gambar tak banyak....



Cikgu Aboi & Cikgu Ckuku

Wednesday, November 24, 2010

Rempit Balik Kampung

Salam

Cuti raya haji ni agak pendek. Aku cuma dapat cuti hari jumaat selepas raya haji je. Jadi untuk tidak melepaskan peluang menyambut majlis doa selamat pada selepas solat jumaat tu, kami ( aku ngn org umah ) mula gerak dari rumah awal pagi.

Cadangnya nak ikut laluan Rawang - Kuala Kubu Bharu - Frazer - Raub - Lipis - G Musang - KB. Isi minyak di Rawang dan kami terus melalui jalan Rawang - Kuala Kubu. Jalan agak sibuk, biasa lah hari kerjakan. Bila kami lalui jalan KKB - Frazer, jiwa mula tenteram... almaklumlah dah masuk kawasan hutan.

Kona kat sini pun boleh tahan gak layanzzz.... kona punya kona skali aku rasa tayar lain macam je bunyinya. Laaa patut la tayar bunyi lain macam, rupanya SKRU DREBAR dah tercucuk ke dalam. Alhamdulillah tayar tak pancit. Apa lagi kami terus patah balik ke KKB & cari kedai tayar....
Buat tampalan biasa tp lubang tu terlalu besar hingga tampalan tu pun bocor gak. Terus gerak ke KL, nasib baik kedai David Wonderlich kat Sri Damansara sudi merepair. Lama gak menunggu diorang repair tayar tu. Siap sumua dah pukul 3 petang. TQ Nik...
Lepas siap semua tu dalam kul 3 lebih kami gerak ke KB. Hujan menyambut perjalanan kami mula dari Bentong sampai la ke KB... kejap hujan kejap berhenti.... sampai KB dah pukul 8 malam. Layanzzzzz.....


Macam ni punya skru drebar... silap silap tayar kena tukar baru.... fuh!! nasib baik... Alhamdulillah...
Sampai di KB, kenduri kitorang dah selesai.. tinggal khemah aje... tapi takpa, janji sampai kampung...
Esok pagi ke pasar cari makanan tradisi... pulut pagi, kkato (heheee), nasi kerabu & kuih spesel sempena musim tengkujuh... Putu Halba....
Sarapan bersama keluarga....
Kol 12 thari kami grak balik ke Rawang melalui jalan Jeli - Grik -Kuala Kangsar - Rawang... Alhamdulillah perjalanan selamat...

Sampai je Rawang, kami terus ke Nilai utk jenguk anak2 disana. Badan terasa ok lagi ni. Aku ajak Ijan (anak sulung) merempit la ke KL pulok.... singgah di Tasik Titiwangsa pekena satay kat sana... masuk je satay 5 cucuk, mata terus layu... Apalagi, stat moto, balik rumah & tido....
Satay kat Titiwangsa ni buleh tahan gak bestnye...

Alhamdulillah perjalanan selamat pergi dan balik.....

Sunday, November 21, 2010

Powerman 2010

Salam...
Powerman 2010 penyertaan kedua ambo selepas 2006, 2007 keluargan dari kampung datang kl... 2008, 2009 cuti.... tak sabar rasanya
Hari sabtu dalam pukul 10 pagi dah gerak sorang sorang ke Sri Manjung... janji jumpa dengan asri, Zulhassan & adik zul kat sana... dalam kol 12 berhenti makan tengahari nasik campur, makan bagai nak rak...

Sampai Sri Manjung aku terus ke dewan untuk ambil race chip. Ronda ronda sekitar kejap & jumpa sahabat seperjuangan & terus balik hotel. Bilik ni dapat semalam di Lead View Hotel. Aku rekemen member dok hotel ni pasal selesa dan boleh check out lambat. Pukul 2pm baru check out.


Ronda punya ronda kawasan stadium hari tu, tau tau termasuk plak dalam klinik duathlon ni. Tukang ceritanya pompuan yg ranking no 1 dunia skang ni.... dapat la jugak stitik dua ilmu dari minah ni...



Malam kami berempat makan lagi bagai nak rak... karbo loading la katakan. Lepas makan terus balik bilik untuk siapkan kuda aku yg lama dah tak race tu heheee....




Esok pagi pukul 5 dah terjaga, makan, solat, minum & buang apa yang patut. Lepas subuh terus ke stadium. Hujan pagi tu Alhamdulillah, race hari ni sejuk skit... Parking beskal dalam lot, buat regangan skit sebanyak. 730pagi ke garisan mulam, sempat la jumpa si Zul, adik dia, Asri... aku tau lepas ni mesti aku kena sayur ngan diorang yg power power ni....

>
Secara ringkas pasal race tu, larian 11km & kayuhan 64km tu aku rasa ok la dari segi catatan masa & keselesaaan....


Azabnya datang selepas kayuhan... Aku telan powergel bilas ngan air, lepas keluar dari kawasan transition tu aku bantai lagi 2 pisang & 2 gelas powerbar endurance free pnya pasal.... Aku berjalan je masa makan pisang tu. Baik baik habis je pisang & nak mula lari aku KREM dan KREM dan KREM....


Hinggakan aku terpaksa berjalan utk 5km pertama tu... masa kalau tak silap lebih 50min utk 5km pertama... huhuuuu.... Tak tau la pasal terlebih makan pisang ke @ terlebih power bar ke @ terkurang air ke... tapi yang pasti aku tau aku tak cukup latihan... hheheee..... bila 5km terakhir tu la aku rasa ok sket dan mula berlari anak.... aku layan je larian last tu sampai tak perasan yang limit masa 5jam dah hampir...

Sampai ke garisan penamat, jam menunjukkan masa 5jam 2min... Alhamdulillah.... race kali ni aku tak dapat finisher t-shirt. Cuma dapat medal finisher je...


Alhamdulillaaah....

Friday, November 12, 2010

Powerman 2010

Salam...

Sempena ngan Powerman kedua aku dalam tempoh 4 tahun ni ( 3 tahun bersara akibat kecederaan ) aku nak ucapkan selamat berlari berbeskal dan berlari lari anak kat aku dan jugak member member yg ikut serta dalam acara kali ni.....

Hotel dah book, tayar baru... rabak, groupset baru 2nd hand.... rabak lagi, beskal dah servis ( mamat tu kata BB aku penuh ngan pasir ), headset tak tukar lagi... handling mcm bawak beca... persediaan ala kadar....

InsyaAllah berjaya tamatkan....

Thursday, November 11, 2010

Canteek punye tuning

Pagi tadi bila nak hidupkan kereta, orang rumah terkejut bila tengok air memancut dari belakang kereta. Bila ditengok rupanya air tu terpancut keluar dari paip ekzos... terdetik jugak dalam kepala, selalunya kalau ada ari keluar dari ekzos masa mula-mula enjin dihidupkan tu makna tuning enjin tu bagus.

Tapi pagi ni banyak pulak air tu keluar aheheeee...... selepas disoal siasat, al maka mengakulah salah sorang dari yang lima tu, yakni yang terkecik skali. Dia kata dia sumbat paip air dalam lubang ekzos tu petang smalam semasa mencuci anak patung....

Sib baik tak kong kreta tu ... Alhamdulillah...