Sunday, November 21, 2010

Powerman 2010

Salam...
Powerman 2010 penyertaan kedua ambo selepas 2006, 2007 keluargan dari kampung datang kl... 2008, 2009 cuti.... tak sabar rasanya
Hari sabtu dalam pukul 10 pagi dah gerak sorang sorang ke Sri Manjung... janji jumpa dengan asri, Zulhassan & adik zul kat sana... dalam kol 12 berhenti makan tengahari nasik campur, makan bagai nak rak...

Sampai Sri Manjung aku terus ke dewan untuk ambil race chip. Ronda ronda sekitar kejap & jumpa sahabat seperjuangan & terus balik hotel. Bilik ni dapat semalam di Lead View Hotel. Aku rekemen member dok hotel ni pasal selesa dan boleh check out lambat. Pukul 2pm baru check out.


Ronda punya ronda kawasan stadium hari tu, tau tau termasuk plak dalam klinik duathlon ni. Tukang ceritanya pompuan yg ranking no 1 dunia skang ni.... dapat la jugak stitik dua ilmu dari minah ni...



Malam kami berempat makan lagi bagai nak rak... karbo loading la katakan. Lepas makan terus balik bilik untuk siapkan kuda aku yg lama dah tak race tu heheee....




Esok pagi pukul 5 dah terjaga, makan, solat, minum & buang apa yang patut. Lepas subuh terus ke stadium. Hujan pagi tu Alhamdulillah, race hari ni sejuk skit... Parking beskal dalam lot, buat regangan skit sebanyak. 730pagi ke garisan mulam, sempat la jumpa si Zul, adik dia, Asri... aku tau lepas ni mesti aku kena sayur ngan diorang yg power power ni....

>
Secara ringkas pasal race tu, larian 11km & kayuhan 64km tu aku rasa ok la dari segi catatan masa & keselesaaan....


Azabnya datang selepas kayuhan... Aku telan powergel bilas ngan air, lepas keluar dari kawasan transition tu aku bantai lagi 2 pisang & 2 gelas powerbar endurance free pnya pasal.... Aku berjalan je masa makan pisang tu. Baik baik habis je pisang & nak mula lari aku KREM dan KREM dan KREM....


Hinggakan aku terpaksa berjalan utk 5km pertama tu... masa kalau tak silap lebih 50min utk 5km pertama... huhuuuu.... Tak tau la pasal terlebih makan pisang ke @ terlebih power bar ke @ terkurang air ke... tapi yang pasti aku tau aku tak cukup latihan... hheheee..... bila 5km terakhir tu la aku rasa ok sket dan mula berlari anak.... aku layan je larian last tu sampai tak perasan yang limit masa 5jam dah hampir...

Sampai ke garisan penamat, jam menunjukkan masa 5jam 2min... Alhamdulillah.... race kali ni aku tak dapat finisher t-shirt. Cuma dapat medal finisher je...


Alhamdulillaaah....

No comments: