Sunday, March 29, 2009

Baikpulih Trail

Hash MTB di BTP akan berlangsung minggu depan 5/4/09... ada beberapa tempat di sepanjang laluan yang perlu diperbaiki supaya lebih selamat untuk dilalui....

Kami berenam melapangkan masa petang tu untuk mencangkul mana yang patut... masuk dengan motor supaya lebih cepat sampai.... ari ni beskal kami boleh relek dulu pasal Ahad nanti mau hantam.....

Kena pulak tiap-tiap petang skg ni hujan, apa lagi.... berhujannan le kami... lagi pung dah lama tak main hujan ni.... syok jugak kan kan kan.....

Chiko, Chai & Ayahanda, plan dulu kat mana mau tarah nii

ok...bleh stat kasi hantam sama dia....

Wolf.. dengan skil duduknye.. heheeee

Hujan dah nak turun ni.. simpan barang barang dalam kotak GIVI supaya tak basah...

Kuyup lor... sejuk giler bang weh.. lama dah tak rasa sejuk main ujan ni

Chiko dengan skill merokok dalam ujan.. payah nak buat tu kalau ikut pengalaman aku...

Apsal aku je ok, yg lain nampak dah mcm dah nak beku... heheheee... eksen je diorang nih....

Sampai kat gerai Degawan, dapat teh halia secawan.. fuh... layan

baulu... tak dapat makan masa kat trail pasal hujan... takut kembang, tapi abis gak kena blasah kat warung tu...

Hehheeee.... Rudy ke oakley ke

Saturday, March 28, 2009

Air

Hari ni Sabtu.. teringat lama dah aku tak flush penapis air yang ada kat luar rumah tu.. Selalunya aku buat benda ni lebih kurang sebulan sekali...

Aku rasa berbaloi membeli penapis air ni bila nengokkan warna air yang keluar tu dan ianya hampir tak perlu diselenggarakan... kalaulah kengkawan berminat untuk membeli penapis air yang duk luar rumah tu, aku cadangkan belilah yang jenis menggunakan pasir halus tu... tak perlulah beli yang jenis ada banyak lapisan... buat menyusahkan aje nak selenggara...

Tujuan penapis yang kat luar ni hanyalah sekadar untuk menapis keladak yang ada dalam saluran paip awam tu... kalu nak buat minum, kena la ada satu lagi penapis dalam rumah yang khas untuk air minum jer...

Hasil selepas lebih sebulan tak flush....

Selepas 5 minit

Air dah agak jernih skg... lepas ni boleh la disalurkan balik ke dalam tangki rumah dan sinki kat dapur...

Friday, March 13, 2009

G?

Kelakar betoi nengok muka mamat ni... agak-agak la brapa G yg mamat ni dapat masa jet tu bepusing?

Monday, March 9, 2009

Recce Trail

Kami geng-geng mtb Bandar Tasik Puteri ( BBB) telah diberi "penghormatan" oleh KLMBH untuk menganjur apa yang dikatakan MTB Hash. Tahun ni adalah tahun ke 3 kami diberi peluang untuk menganjurkan KLMBH Hash ni. Ini bermakna BBB akan menjadi tuan rumah untuk salah satu acara besar dalam kalendar KLMBH.

Berdasarkan pengalaman lepas, ramai geng-geng MTB di sekitar KL dan Selangor akan mengambil bahagian dan ia memang sungguh meriah. Macam biasalah, persediaan utk menganjurkan hash ni bermula beberapa minggu lebih awal. termasuklah menyediakan trek untuk kayuhan, rintangan yang sengaja diadakan bagi menyukarkan lagi kayuhan itu.

Mereka yang terlibat dlm recce ari tu... dari kiri Tok Seksiteri, ayahanda, Tok G, Pechiko (lead), JG, Muda, Belacan yg Wangi, Ikan Bilis....


Meeting sambil rehat ke rehat sambil meeting... mana mana lah....


Meeting lagi......


dan lagi...

dah boring meeting...Bilis gi basuh beskal la plak.. ride jauh lagi nak abih ni


Meeting tertutup... tinggal dulu beskal...


dah boring meeting... berenti makan la plak... Tok Seksiteri


dan makan lagi.... Bilis ooo bilis...


dah makan kenyang kenyang... terus tinggal beskal... cian Tok Chiko kena tow heheeee....


Kuda bukit aku... tahun ni dah nak masuk sedekad dok tunggang kuda gergasi ni...