Saturday, March 28, 2009

Air

Hari ni Sabtu.. teringat lama dah aku tak flush penapis air yang ada kat luar rumah tu.. Selalunya aku buat benda ni lebih kurang sebulan sekali...

Aku rasa berbaloi membeli penapis air ni bila nengokkan warna air yang keluar tu dan ianya hampir tak perlu diselenggarakan... kalaulah kengkawan berminat untuk membeli penapis air yang duk luar rumah tu, aku cadangkan belilah yang jenis menggunakan pasir halus tu... tak perlulah beli yang jenis ada banyak lapisan... buat menyusahkan aje nak selenggara...

Tujuan penapis yang kat luar ni hanyalah sekadar untuk menapis keladak yang ada dalam saluran paip awam tu... kalu nak buat minum, kena la ada satu lagi penapis dalam rumah yang khas untuk air minum jer...

Hasil selepas lebih sebulan tak flush....

Selepas 5 minit

Air dah agak jernih skg... lepas ni boleh la disalurkan balik ke dalam tangki rumah dan sinki kat dapur...

No comments: