Wednesday, November 24, 2010

Rempit Balik Kampung

Salam

Cuti raya haji ni agak pendek. Aku cuma dapat cuti hari jumaat selepas raya haji je. Jadi untuk tidak melepaskan peluang menyambut majlis doa selamat pada selepas solat jumaat tu, kami ( aku ngn org umah ) mula gerak dari rumah awal pagi.

Cadangnya nak ikut laluan Rawang - Kuala Kubu Bharu - Frazer - Raub - Lipis - G Musang - KB. Isi minyak di Rawang dan kami terus melalui jalan Rawang - Kuala Kubu. Jalan agak sibuk, biasa lah hari kerjakan. Bila kami lalui jalan KKB - Frazer, jiwa mula tenteram... almaklumlah dah masuk kawasan hutan.

Kona kat sini pun boleh tahan gak layanzzz.... kona punya kona skali aku rasa tayar lain macam je bunyinya. Laaa patut la tayar bunyi lain macam, rupanya SKRU DREBAR dah tercucuk ke dalam. Alhamdulillah tayar tak pancit. Apa lagi kami terus patah balik ke KKB & cari kedai tayar....
Buat tampalan biasa tp lubang tu terlalu besar hingga tampalan tu pun bocor gak. Terus gerak ke KL, nasib baik kedai David Wonderlich kat Sri Damansara sudi merepair. Lama gak menunggu diorang repair tayar tu. Siap sumua dah pukul 3 petang. TQ Nik...
Lepas siap semua tu dalam kul 3 lebih kami gerak ke KB. Hujan menyambut perjalanan kami mula dari Bentong sampai la ke KB... kejap hujan kejap berhenti.... sampai KB dah pukul 8 malam. Layanzzzzz.....


Macam ni punya skru drebar... silap silap tayar kena tukar baru.... fuh!! nasib baik... Alhamdulillah...
Sampai di KB, kenduri kitorang dah selesai.. tinggal khemah aje... tapi takpa, janji sampai kampung...
Esok pagi ke pasar cari makanan tradisi... pulut pagi, kkato (heheee), nasi kerabu & kuih spesel sempena musim tengkujuh... Putu Halba....
Sarapan bersama keluarga....
Kol 12 thari kami grak balik ke Rawang melalui jalan Jeli - Grik -Kuala Kangsar - Rawang... Alhamdulillah perjalanan selamat...

Sampai je Rawang, kami terus ke Nilai utk jenguk anak2 disana. Badan terasa ok lagi ni. Aku ajak Ijan (anak sulung) merempit la ke KL pulok.... singgah di Tasik Titiwangsa pekena satay kat sana... masuk je satay 5 cucuk, mata terus layu... Apalagi, stat moto, balik rumah & tido....
Satay kat Titiwangsa ni buleh tahan gak bestnye...

Alhamdulillah perjalanan selamat pergi dan balik.....

2 comments:

SkiD said...

Best jugak sekali sekala balik kampung naik moto... yg tak tahan kalau hujan tu...adussss!!

Yusri Yusoff said...

memei layan... sblum ni dah cuba 2 3 kali ok tak ujan... kali ni je kena kaw kaw... Alhamdulillah..