Saturday, January 10, 2009

Alhamdulilllaaah.....

Minggu ke dua 2009, aku memulakan larian dan sedikit kayuhan.... Untuk permulaan iaitu selepas berehat lebih 6 bulan akibat dari cobaan ni.

Masalah utama sekarang ni ialah aku masih pening pening lagi tapi kalu nak dibandingkan dengan 6 bulan lepas kira sekarang ni dah 70% pulih la.. Jadi apalagi, bila badan dah terasa sihat mula la kaki gatal balik nak lari dan kayuh...

Untuk minggu ni aku tetapkan larian dalam masa 35 minit dengan diselangkan dengan 2 minit jalan laju setiap 8 minit larian dan HR dalam lingkungan 145-150. Alhamdulillah aku rasa selesa...

Aku juga mula buat kayuhan dalam masa 45 minit dengan HR < 150 pun selesa Allhamdulillah.... tapi rasanya masih terlalu awal untuk bagi RPM ( Report Permainan Mingguan) yg selalu aku buat sebelum ni... takpa la janji aku dah mula balik aktivit yang dah lama aku tinggal ni..... Alhamdulillah....

tTrek Jogging yang sekarang ni aku buag larian, trek ni juga tempat mula-mula aku buat larian untuk tujuan triathlon dulu.. masih ingat lagi lari 10 minit dah semput.. lepas tu balik pam 2 batang rokok... tapi sekarang ni aku dah tak merokok lagi Alhamdulillah....


IM09??? "sempat lagi kalu aku mula training ni, pasal lambat lagikan? lebih kurang 5 minggu je lagi!!!!" Untuk IM09 ni pada mulanya aku berpakat dengan Si Ayam ni untuk sama-sama mencuba tapi disebabkan cobaan yang aku hadapi tempoh hari, maka terpaksalah aku tunda. Tapi dia teruskan juga latihan yang sepatutnya kita lakukan bersama... hebat betoi cobaan kalau membuat latihan jarak jauh sorang sorang ni..... tapi mamat ni memang kuat semangatnya... Alhamdulillah...

Jadi untuk IM09 ni aku berazam untuk membawa balik sebanyak mungkin botol ni... hehheheee... InsyaAllah...

5 comments:

Anonymous said...

kuat korok... aku dah sempot ni, sehari 2x kena gas tapi masih tak power lagi ni

Yusri Yusoff said...

alamak... takpa lama lama kena gas tu nanti power la InsyaAllah..

Yusri Yusoff said...

alamak... takpa lama lama kena gas tu nanti power la InsyaAllah..

Anonymous said...

Tapi aku happy gak sebab ko dah boleh mula lari. Pening2 tu biasalah kawe pun hari2 pening sebab HB rendah kalau semua ok mesti dah jadi PRO .

Mula dari bawah semula macam dulu kawe rasa lepas 6 bulan mesti dah ok dan PD nanti kita turun sama2.

ya allah ko kembalikanlah ke PRO kan pada sahabat ku ni.

Yusri Yusoff said...

Amiiin... hehehee