Monday, May 19, 2008

Larian New Balance Pacesetter 15KM

Camne orang buat race report haa...? yang aku tahu aku lari je, ikut rentak sendiri dan tak ada nak kejar sapa sapa...

Kali ni bila race mula, aku dok depan bawah starting banner tu.. tapi kat tepi,, betul betul tepi sampai keluar sebelah divider tepi tu.. huh.. ni gara gara nak cari satu satunya kawan yg aku kenal yg lari ari tu.. Sapa lagi kalau tak si Ayam pasal selalunya memang dia suka dok depan.. tapi tak jumpa.. rupanya dia dok kat belakang sana dok cari riben... hehee cian ...

Bila mula race je aku lari ikut tepi railing tu.. sampai la agak reda sket baru lah aku lompat masuk atas jalan dan meneruskan larian..

Lain lain aku tak berapa ingat sangat.. pasal dalam kepala otak aku dok ingat double hill yg diorang slalu dok cerita tu.. mesti mencanak giler.. almaklumlah selalunya aku lari tepi tasik je kat Lake Garden ni..

bila lepas je tempat minum ke dua, aku rasa route ni bukan lagi double hill dah.. dah lebih dari dodec hill dah, sampai aku tak tau mana satu double hill yg dimaksudkan heheee.. atau pun tak lalu langsung bukits tu.. ntah lah...

5km terakhir, aku sempat potong dua pelari yg lari dah mcm orang mabuk.. muka putih dah nak jadi biru ( sib baik tak jadi hijau hehee.. ) mungkin diorang ni dah terlebih tekan ni.. atau tertekan pasal kena pusing ikut ktm bank negara lagi selepas mati mati ingat race dah nak abis.. hampesss...

Sampai garis penamat jam kat tangan menunjukkan masa 1jam 35min.. boleeeh la tu... Ana puas hati lah... janji skg ni aku buleh post gambar medal tu kat sinin...

Trima Kashih Tey utk gambar ni.. jasa mu di kenang..

Medal kali ni unik sket berbanding dengan race sebelum ni..


Finish line..

Tak sempat nak minum milo.. q panjang giler..

1 comment:

zulhassan said...

jangan risau Ahad depan kita dok depan sekali ....