Sunday, May 25, 2008

Geocaching..

Ini adalah permainan baru untuk kami sekeluarga.. lebih kurang macam main sembunyi sembunyi la... tapi nak cari benda yg tersembunyi tu kena la guna GPS..
Nak tau detail buleh gi sini

Sebelum ni kami sekeluarga dah jumpa cache yang pertama terletak berdekatan dengan tugu negara...

Jadi hari ni, pasal aku dah berjaya buat personal best kat larian TUDM tu, aku bawak kanak kanak ni bersama bondanya pergi mencari Cache yg seterusnya sebagai hadiah...

Sasaran kami ialah disekitar KL... terdapat beberapa tempat dimana cache ni tersembunyi.. antaranya ialah Hutan Simpan Bukit Nenas, Taman Tasik Titiwangsa, KLCC Park, Ampang Look Out Point, Tasik Perdana, Tugu Negara & beberapa tempat lagi..

Misi kami hari ni agak berjaya pasal berjaya menjumpai Cache di tiga tempat iaitu Bukit Nenas, Tasik Titiwangsa & Bukit Ampang (bila naik bukit ni aku teringat Ironman Sofian yg menjadikan bukit ni laluan kayuhan beliau ke Kelawang... terer la lu Bro)..

Di Hutan Simpan Bukit Nanas


Penemuan pertama utk hari ni.. Hutan Simpan Bukit Nenas...

Yang ni pulak penemuan kedua di Tasik Titiwangsa..

Sambil cari cari sambil makan makan ... hehehee....

Masa ni jam menunjukkan pukul 1200t/hari.. memang tak ramai orang... cuti sekolah mungkin...

Pemandangan dari Menara Tinjau Bukit Ampang.. KLCC tak berapa jelas kelihatan...

Muka-muka gayat di puncak menara tinjau...

Kat mana diorang sembunyi benda tu... mmm... GPS tunjuk kat sini..

Cian Minny ni... kena tinggal, aku ambik benda ni dan bercadang untuk letak dalam Cache di Cameron Highland nanti... harap harap ada UFO yg bawak dia balik ke Belanda nun....

Skuad mencari dan menyelamat.. apsal yg kecik je tunjuk peace.. hehehee....

2 comments:

Muhamad bin Ya'acob said...

Sian kat lu brader, ni sume salah abg jep...bawak lu kayuh 50km sabtu tu, sebab tu bangun lewat on Sunday (ke dah terlebih mlm tu....oppsss), beria-ia benor nak lari kat runaway sg besi tu...kesian..tapi tu sume hikmat utk family tu...kan nampak meriah....cayalah tok...hehehe

Yusri Yusoff said...

Liss... Insaff... TQ