Thursday, May 6, 2010

PCC Interstate Day 2 ( P Banding - Kota Bharu )

Salam...
Hari ni adalah hari ke dua kami berkayuh.. jarak paling jauh untuk PCC IS kali ni. 180km dari Tasik Temengor ke Kota Bharu. Hantam saja laah...

Bangun pagi dah kira awal dah pasal kumpulan dijadualkan mula kayuh pada pukul 630pagi... Nasib baik semalam dah mintak diorang sediakan sarapan awal sket... mandi, sarapan, bersiap mana yang patut, tengok jam dah pukul 7 pagi...

Kata staff resort tu diorang nampak group besar mula kayuh pukul 645pagi.. Di campur tolak darab dan bahagi maka kami mula kayuh pukul 715pagi... lewat setengah jam dari diorang... tapi takpa, janji mau kayuh...

Kasi warm up mana yang patut sebelum kayuh...
tapi hari ni tak sempat nak betul betul warm up pasal mula kayuh je bukit dah menunggu... maka alkayuh la kitorang ikut rentak masing masing....
kat belakang dah tak ada orang... mula lewat punye pasal..

Kayuh dan kayuh dan kayuh... mendaki tak habis kawasan ni...
kat sini dah kira puncak pendakian sebelum mengadap laluan menurun ke Jeli lepas ni...
dapat rentak kayuhan yang sama dengan Cikgu Mahathir ni (dari penang), layan climbing sambil bercerita sambil mengah... akhirnya sampai ke kawasan rehat di puncak...
Wak sempat bergambo lagi... kat sini aku tak berhenti... terus kayuh pasal ada sahabat sedang menunggu di Jeli.... Zaki mula kayuh dari rumah di Machang ke Jeli dan patah balik ke Machang ngan kitorang.... power mamat nih
Asri macam biasa... kayuh layan dan ceria... wa respek dia ni
Sampai je di Jeli aku terus ke Shell pasal Zaki tunggu kat situ...
Kami bertiga pernah berkayuh dari Dabong ke Kota Bharu semasa kayuh touring tahun lepas...

Otai pun tak lepas peluang nak mencuba laluan bukit lebuh raya timur barat...

Lojistik yg setia dan cekap... terima kasih bebanyak Adli..
Jika tahun lepas kayuhan kami dari Jeli ke Kota Bharu melalui Rantau Panjang, tahun ni kami cuba pula melalui Tanah Merah... sebenarnya laluan Rantau Panjang lebih dekat dan teduh jika dibandingkan dengan Tanah Merah ni..
Bekalan air tak putus putus dari lojistik...
Dalam kayuhan jarak jauh dan beramai ramai ni, kita boleh jumpa banyak keretapi mcm ni... jadi takde la nak susah kayuh sorang sorang mengadap angin... kurang la sket penatnya..
musim durian ka???
agaknye la...
best gak pekena sebijik sorang sorang...
wehh... sempat jugak tu...
gambar hentian makan tengahari di Tanah Merah dan berhenti kejap minum air rumah mertua aku di Pasir Mas tak ada kat sini pasal kamera yg aku bawak masa kayuh tu kongkang... rugi rugi...

Sampai di Kota Bharu, terus saja sambung kayuh dalam 3km lagi ke rumah aku di Kampung Penambang....
Jarak kayuhan hari ni 180km.... berbukit, berpanas dan berintangan angin...
Alhamdulillah....

No comments: