Monday, May 3, 2010

PCC Interstate Day 1 (Kuala Kangsar-Pulau Banding)

Salam...



Kayuhan Interstate anjuran PCC kali ni dikatakan melalui laluan yang antara paling mencabar yang pernah dianjurkan oleh mereka. Ini adalah kali kedua aku mengambil bahagian. Kali pertama pada tahun 2006 kalau tak silap. Laluan masa tu ialah dari Trolak - Ipoh - Berinchang - Gua Musang. Boleh tahan gak bukitnya.



Kali ni laluan yang dicadangkan ialah Kuala Kangsar - Pulau Banding - Kota Bharu - Kenyir... pon boleh tahan gak bukitnya... Kami bertiga jugak yang berkayuh... Azmi, Asri & aku. Kalau nak diingat balik kayuhan kali ni adalah kayuhan balik kampung kedua aku dan kayuhan kedua ke kota bharu utk Mie dan Asri ni... Kawan Mie, Adli bertugas sebagai Jurufoto, lojistik, drebar, ambulan, restoran bergerak dll yg sewaktu dengannya.. Trimo kacih bro Adli.. cemerlang sungguh lu menjalankan tugas..



Sedikit cerita dari gambar yang sempat dirakamkan....



Kami memulakan perjalanan agak lewat pada hari Khamis tu pasal dok tunggu mat romeo ni. Cadangan nak gerak lepas maghrib, yang si romeo ni pulak pukul 930pm baru sampai... tapi takpa, janji kayuh mau on.. terus gerak ke Kuala Kangsar dan penginapan malam ni diuruskan oleh wak.

Campur rehat, makan malam, isi minyak, beli air dan macam macam maka sampai la kami di Kuala. Terus menuju ke rumah sepupu wak kat Kuala. Rumahnya dekat je dengan masjid Ubudiah. Bila sampai depan rumah tu tekejut beruk aku, ni bukan rumah biasa ni wak, ni dah bunggalaow nih.. rupanya sepupu wak ni DO Kuala Kangsar dan tinggal di rumah rasminye...cheh wak ni tak abih habih nak menyeperais... tekejeut pnye pasal sampai lupa nak tanya nama tuan rumah... heheee... yg pasti Datuk la...



Bilik tidur pun dah macam rumah aku dah besaunye...
Dari luar rumah, zaman kolonial pnye ni...
Pagi tu hujan gerimis... rasa berat plak nak bangun, tido lagi best ni. Tapi kayuh lagi lagi lagi best
Datuk bawak kami ke resort tempat flag off, skali tengok ramai yg amat rider tgh bersiap sedia. kami pulak tak makan pagi lagi ni. Jadi pagi tu kami cari gerai roti canai je... sorang belasah 2 biji & kami sedia utk kayuh.. Terima kasih Datuk pasal bagi kami bermalam kat rumah tu....
Bila siap makan, minum & buang mana yang patut, kami dah kena tinggal.. terpaksa la kejar group tu sampai dapat.. tapi kami kejar ngan kreta la...
Siapkan basikal dan pekakas lain... kami mula berkayuh dari R&R Tasik Raban.... kira kira 20km dah rugi.. tapi takpa, janji mau kayuh...
Adli mula nak bermesra ngan DSLR...
kami bertiga je masa mula berkayuh,,, kena tinggal kat group besar..
Wak setia bersama Asri.... pasal kawan tu tak cukup letihan utk kayuhan kali ni.. tak macam kayuhan Interstate dulu, dia tinggalkan aku masa mendaki cameron


Kayuh punya kayuh akhirnya jumpa satu keretapi ni... rentak kayuhan kumpulan ni aku boleh ikut, jadi aku ikut la sampai ke Gerik. Kumpulan ni dari Penang... MKH katanya... rentak boleh tahan gak lajunya... bagi aku laju la tp bagi diorang aku tengok selamber rok je... Alhamdulillah... sampai Grik, baru boleh jumpa group besar yang lain... diorang masa tu tengah rehat dan makan... masa aku sampai tu ada gak yang dah nak sambung perjalanan...
Regroup dulu sambil bergambar... masa ni kalu tak silap dah pukul 11pagi...
penuhkan air minuman dan kami mula kayuhan seterusnya... kali ni teruk sket pasal dah mula mendaki....
perjalan ke Pulau Banding banyak mendaki... jadi layan aje la setakat larat....
Wak.... maintain je speed masa mendaki tu
Asri... walaupun tak cukup persediaan untuk kayuhan ni tapi tetap power.... Mr Iron la katakan...
Waktu dah tengahari... bukit banyak lagi nak kerabat nih..
ada tempat pendakian tu di celah lereng bukit... angin tak ada, dengan panasnya dengan cerunnya.... perghhhh cukup dah ramuan tu utk pitam...
kayuh wak kayuh... bila lagi nak ride kat lebuh raya timur barat ni kalau tak dengan group ramai ni... laluan ni agak merbahaya pasal banyak kenderaan tapi pasal ramai yang kayuh ok la sket... kurang kurang pemandu kenderaan tahu yang ada mamat mamat yg tak sehat ni tengah berkayuh...
Agak lama aku dok tunggu 2 orang sahabat ni kat kem tepi tasik temenggor ni... takkan la jauh macam tu skali aku tinggal diorang ni.....
bila diorang sampai je baru aku tau rupanya diorang ni sempat layan aircond dalam kereta sambil perabis dua tiga lagu best dalm kereta dulu....peh... hampeh... aku jugak tercongok kat kereta perisai tu... nasib baik teduh...
sampai di resort ni dalam pukul 3pm... Alhamdulillah.. selesai kayuhan hari pertama.... meter kat basikal menunjukkan 120km... kurang 20km dari yang sepatutnya pasal dok layan roti canai kat Kuala.... apa apa pun enjoy....
makan pulak kami cari restoran terapung kat tepi jambatan ni...
restoran ni juga ada kedai runcit dan pelanggan diorang adalah orang asli yg tinggal dalam hutan nun... diorang akan keluar dengan bot dan singgah dikedai ni utk mendapatkan keperluan harian...


minum dan makan petang kat restoran terapung...
boleh tahan gak sebok tasik ni ngan askar



seronok tengok budak budak ni main air...
aku rasa inilah aktiviti diorang ni setiap hari.. pasal nak main benda lain jauh sangat....

Bilik singgah malam tu... yang unik sket pasal resort ni ialah diorang tak menyediakan TV dalam bilik... boring tu...
Apa lagi.. dah tv pun tadak.. layan tido je laa

No comments: