Wednesday, June 11, 2008

Mengeteh di Cameron Highland


Panjang cerita mengeteh ni kalu nak cerita.. tapi lebih kurangnya macam ni la..

Tujuan utama kami (BBB & kenalan) ialah untuk berkayuh beramai ramai dan mengeteh kat kedai teh Kilang Boh di Habu.. sambil sambil tu pulak menderma sikit sebanyak kepada orang orang asli di perkampungan yang kita singgah tu.. Kampung yang menjadi target kami ialah Kpg Orang Asli Kuala Boh... pasal kpg ni terletak di tengah tengah perjalanan kami yg berjarak lebih kurang 50km.. dan terdapat MASJID disini (fuh jauh tu mengayuh utk mengeteh... heheee) dan juga utk merasa kayuhan dlm ladang teh..





Ini adalah trip mengeteh ketiga bagi aku dalam tempoh tiga tahun, tahun pertama kedai tutup, tahun kedua kedai tutup gak pasal sampai kat sana malam.. dan ni tahun ke tiga..

Jumlah pengayuh kali ni 48orang... tahun sebelumnya 23 orang dan tahun yg pertama 12orang.. dalam hati berkata.. sempat ke nak minum teh ni.. rider ramai mesti macam macam kerenah.. huh... tadak hal lah... janji gumbira...

Meh budu scawang....

Aku disuruh dok depan, pasal aku dah datang kat sini 3 kali.. manakala yg lain tu kebanyakannya 2 kali.. itu je alasan diorang.. huh..

Dengar taklimat sket.... sket punye pasal la jadi sesat tuuu....

Teknik regangan airbag...

Sebelum memulakan perjalanan, kitorang buat sikit penerangan, regangan sikit dan bacaan doa... harap harap perjalan kami selamat hingga ke kedai teh tu..

Mula kayuhan lebih kurang pukul 8pagi.. kayuhan tak sampai pun 5km, aku dah bawak diorang ke laluan yg salah.. mungkin pasal sikit je penerangan diawal perjalanan tadi.. terpaksa patah balik.. dah rugi 2km kat situ.. apa daa lu leader...

Antara yg menarik dalam lalau ni ialah satu laluan downhill sejauh 7km kalau tak silap.. waaa... jauh tu.. downhiller memang cukup suka part nii.. tapi bila sumer dah selesai mendownhillkan diri terdapat beberapa member BBB yg terbabas dan tergolek dok.. tapi sib baik kecederaan tak brapa serius..

Tok G.. antara yang terbabas masa downhill... sabo sabo...

Seterusnya rehat di Kg Kuala Boh.. lebih sejam kami disini.. antara aktiviti termasuklah tidur, makan, bersantai sambil menderma.. kami kembali berkayuh selepas solat Zohor..

Santai.... bangnan di belakang tu adalah Masjid Kg. Kuala Boh


Syok dapat menderma kat anak anak orang asli...


BBB

Sebaik memasuki ladang boh.. kami disambut dengan hujan yang agak lebat dan berterusan hingga ke kedai teh.. heheheee.. baru la syok dapat minum teh panas...

Salah satu pemandangan yg dapat dirakam..

Hujaaann.... sejuk giler bai... yg tak krem buleh krem ni...



Teknik asas MTB.. "Mai Tolak Beskal"... huhuhuhuhuuuuu

Kami tiba di Kedai Teh Ladang Boh kira kira jam 4.30ptg, masa tu kedai dah nak tutup.. tapi disebabkan bilangan kami yg ramai, datang dari jauh dan berhujan plak tu... tokey kedai tu melanjutkan operasi hingga pukul 6ptg.. Nasib baik... heehehee


Cubaan kali ke 3 dlm 3tahun.... puas hati dapat mengeteh bersama kengkawan..

Kami siap mengeteh dalam pukul 6ptg dan kembali ke apartment selepas tu...

Selesai projek mengeteh ni.. ana sambung plak cuti sminggu sempena cuti sekolah...

No comments: