Sunday, June 15, 2008

Kepala pening....

Hari Jumaat lepas.. bangun pagi je kepala rasa pusing.. bila pergi klinik je doktor terus bagi surat supaya jumpa doktor pakar...

Appointment dengan Pakar Perunding Kardiologi Hospital Pakar Damansara.. waaa.. dahsyat tu... Aku ada masalah jantung ke??? ok lah kalau cam tu.. aku terus pergi ke hospital tu...

Sampai sana je bila dah daftar, tak sempat lagi jumpa doktor tu, dia terus suruh aku pergi buat ujian ECG & Stress Test.

Dari report ECG, doktor cakap aku ada masalah jantung minor sejak dari lahir lagi..Haaaaa!!!! tapi katanya lagi.. itu tak memudaratkan.... Alhamdulillah...

Bila ke Stress Test, sebelum menjalankan ujian, doktor mendapatkan beberapa input dari aku pasal aktiviti sukan yg aku buat, sambil misi memasang beberapa sensor di badan... Bila nak mula ujian tu je doktor cakap.. " Tekanan darah you ni tinggi... selalunya kalau selalu buat latihan kecergasan, takanan darah tak setinggi ni.." aku dah agak pasal memang aku ada sejarah keluarga pasal darah tinggi ni... Tekanan masa tu 140/80 kalau tak silap..

Ada 4 peringkat ujian, berjalan perlahan, berjalan laju, berjalan sangat laju dan berlari hingga mencapai Heart Rate Maximum ( bagi aku 185BPM )

Dari ujian pertama hinggalah ke 4, doktor kata tekanan darah aku meninggkat mendadak pada setiap ujian... hingga pada satu masa tekanan darah aku melebih had iaitu 210/110???(nombor ni lebih kurang tu la pasal aku lembap sket nak ingat nombor ni).. tapi aku rasa ok je...

Doktor kata rasa ok tu pasal aku dalam keadaan kecergasan yang baik.. MMMM... bagus la kalau macam tu.. TAPI... jika tekanan sebegini tidak dikawal, maka jantung aku mungkin akan MEMBENGKAK!!! ALAMAK.. apa doktor ni cakap ni...

Jadi kesimpulan sementara yg doktor pakar tu boleh buat ialah aku menghadapi masalah TEKANAN DARAH TINGGI.. Uh uhuh uhhuhhhh... jadi beberapa ujian akan dilakukan terhadap aku untuk mengetahui punca dan cara untuk mengatasinya...

Aku bagi tau doktor yg aku tak nak amalkan makan ubat darah tinggi... dan dia kata kalau umur bawah 40tahun.. mereka boleh ikhtiarkan supaya benda tu boleh dielakkan.. tapi kena lah melalaui beberapa ujian...

Antaranya ialah Ultrasound Buah Pinggang - untuk memeriksa kesempurnaan buah pinggang , X-Ray Dada, ujian darah dan ujian air kencing..

Yang part Ujian Air Kencing ni yang best sket, pasal dia bagi botol ni haaaa....



besar giler... diorang suruh aku kencing dalam botol ni selama 24 jam heheee.... aku takut overflow jee... hari senin ni kena hantar balik ke hospital

No comments: