Saturday, May 23, 2009

Bina semula Pechigro

Pechigro ni satu trail MTB yg memang favourite aku... tapi dah lebih setahun tak ada member BBB yg menggunakanya, akibatnya trail ni dah jadi mcm tak pernah orang lalu... resam, lalang tumbuh hingga tak nampak trail asalnya...

Jadi apalagi... kami jalankan operasi pembersihan la kat trail tu supaya dapat diguna kembali...

Subur sungguh tanah kat sini... tinggal setahun pun dah tak nampak trail....


Nasib baik ada Wak yang pakar dalam bab menebas ni...


Dia mesin semak di trail lama hingga jadi beberapa trail baru plak... uh uh uuh terer wak nih..

Wak tak keseorangan sebenarnya... dia bawak Pakcik ni sama.... dia kata share partner dia... memang cekap dlam bab menyapu trail... heheeeee


Lihat lah betapa cekap diorang nih...


watak dan gamber hanyalah ciptaan semata mata... jgn la plak call aku pasal nak mintak khidmat diorang nih yer...

Wednesday, May 20, 2009

Tukar Crank

Crank yang aku pakai ni dah lebih 5 tahun... prestasi pun dah tak brapa ok, memanjang je loose semasa mendaki.. aku cukup berpuas hati dengan model lama yang aku pakai tu dan tukar kepada jenama yang sama jugak... alasan - harga murah dan tahan lama...
Crank lama - Truvativ Stylo

Model yg sama.... harap harap yg ni dapat perform mcm yang lama... InsyaAllah...

Mekanik "specialist" yg tak sabar sabar nak membaraikan crank lama aku... baju kerja pun tak sempat tukar... TQ Ayahanda & Aboi....

Sunday, May 17, 2009

Kayuh santai ke Gohtong Jaya

Lama sungguh tak bercerita.... kali ni aku nak crita plak pasal kayuhan hari ni..

Bermula dari BTP - Templer Park - Selayang - Gombak - Hospital Orang Asli - Genting Sempah - Gohtong - Batang Kali - Rawang - BTP....

Waaa... bleh tahan gak jauh perjalanan hari ni.. total 130km dengan MTB dan rak yg penuh dengan pakaian, ubat-ubatan, botol air dll...

Kat Gombak..
\
Jalan lama ke Genting Sempah...

Downhill... layaaannnn...

Tengok la kat puncak bukit tuu...

Gohtong Jaya


Antara hentian utk hilang penat..

Malas nak gerak pasal kat sini cuaca memang best... berangin dan sejuk...

Aku tak berapa paham camna dunia ni berpusing bila bleh terjumpa gak ngan geng BBB ni kat jeram tak tau nama ni.. heeeeheee...

Air kelapa paling best aku minum... masa ni dahaga betoi...

Van pakcik ni jadi port... hantam sajalah...

Sunday, April 26, 2009

Kayuh jangan tak kayuh....

Ntah macam mana semangat bertukar dari kayuh dalam hutan ke jalanraya pulak... pelik betol.. tapi apa apa pun kitorang dah cuba buat kayuhan santai hari ahad baru ni...

Target kayuhan ialah cuba untuk kayuh selama yang mungkin tak kira berapa laju... ini termasuklah berenti makan pagi, rehat pasal overheat, makan tengahari dan solat... lojistik sendirian berhad... ada sarung, t-shirt spare, sabun, tuala dan lain-lain alat keperluan...

Perjalanan keseluruhan seperti yang dirancangkan cuma sekali beskal pancit terkena paku.. tempoh keseluruhan kayuh 5 jam, total rehat 3 jam... jarak 100++km heeeheee....yang lain-lainnya Alhamdulillah...
Kami bertiga saja....




Lama sangat tak lalu kawasan ni.. dulunya ia memang redup dan memang syok kalau kayuh kat sini... tapi skg dah gondol... huh... manusia manusia...

Cruise to No Where?

Kuala Selangor

Ke Tanjung Karang

Atas jambatan kat Kuala Selangor tu.. sebelum ni lalu je tak sempat ambik gamba...

Jalan ke Tanjung Karang ni kira selamat pasal ada laluan khas untuk motosikal dan beskal...

Rehat kedua, Petronas Tanjung Karang... panas wooo... hentian pertama, sarapan tak sempat ambik gambar pasal lapar sangat.. heheee...

Laluan ni memang panas.. tak ada tempat untuk berenti berteduh pun pasal kiri kanan jalan ada longkang besar...

Perhatikan bayang beskal tu... mmmmmm.....

Berenti rehat untuk makan tengahari dan solat zohor...

Ntah apa nombor yang aku nak tunjuk pun aku tak tau...

Fuh... lega.. boleh berenti tempat teduh...

Makan mcm untuk 6 orang jer...

Berhenti untuk solat zohor.. aku respek masjid ni... walaupun dalam kampung, diorang ada menyediakan tempat untuk musafir berehat serta kemudahan tandas dan bilik mandi yang bersih... Niat Tahyatul Masjid.... Alhamdulillah... bertambah lagi satu masjid dalam koleksi aku... Alhamdulillah...


Posisi GPS dan Tri bag yg betul betul sesuai.. pasal buleh ambik camera dan lihat data dengan mudah..

Jalan ni paling teduh dan rimbun yang kami lalui sepanjang hari ni... itu pun bila dah dekat nak sampai umah... huh...


Kayuhan ni paling jauh, paling panas dan paling paling sejak aku mula berkayuh selepas pembedahan tempoh hari... sampai rumah je hidung berair mcm nak selsema dan badan rasa pijar dek berjemur tgh jalan tu... Apa-apa pun memang best giler...

Pssst... Ada projek yg lebih beso dari ni ke???

Tuesday, April 21, 2009

Kejar kejar

Hari ni Selasa, aku buat larian macam biasa. tapi hari ni spesel sket pasal...
1) Aku dapat buat larian santai selama 1 jam... fuh.. larian paling jauh dan paling lama selepas pembedahan tempoh hari...

2) Aku dapat berlari sejam hari ni pasal asyik dok main kejar kejar ngan budak ni... plan asal sebenarnya nak lari 40 min je...

Hehheee... kalu budak ni boleh main kejar kejar ngan aku... agak-agak berapa lajukah larian aku???

MRI

Hari isnin lepas aku kena buat follow up dengan Pakar Neuro. Kali ni kena pegi buat MRI dulu sebelum jumpa dia. Aku rasa kalau kena dua tiga kali lagi test MRI tahun ni boleh jadi mereng gak la... apa taknye, kena baring dalam tu dengan takleh gerak dekat sejam... huh... giler giler...

Nasib baik la aku dijadualkan masuk dlm MRI ni tahun depan plak..

Hasil ujian MRI... "No evidence of Tumor recurrence"... Alhamdulillah

Tuesday, April 14, 2009

Kayuhan di RRI

Dah lama tak kayuh MTB di RRI ni... kalau tak silap aku, kali terakhir aku kayuh kat sini untuk kayuhan malam. Masa tu bulan posa, silap 2 tahun lepas 2007... untuk kayuhan malam tu kitorang hanya melalui trek yg biasa je..

Trek RRI ni boleh dikatakan masih macam dulu ( 7-8 tahun lepas ), cuma ada beberapa trail lama yg tidak dilalui lagi... Nyamuk macam biasa la.. cuma kali ni rasa banyak la pulak... mungkin pasal kitorang berhenti terlalu lama....

Kayuhan :- santai, almaklumlah belum sembuh betul lagi dan aku tak tau bila aku akan rasa ok... harap harap cepat la InsyaAllah...

Rehat

Rehat...

dan rehat....

tak silap aku, dulu bangunan ni ada radar utk airport subang... skg dah tak pakai lagi...

dan dan dan rehat lagiii...

Salah satu teknik untuk menghalau nyamuk....

atau dipanggil juga teknik membakar kaki... pasal tak sedar bila ubat nyamuk tu dah nak abis...