Sunday, April 26, 2009

Kayuh jangan tak kayuh....

Ntah macam mana semangat bertukar dari kayuh dalam hutan ke jalanraya pulak... pelik betol.. tapi apa apa pun kitorang dah cuba buat kayuhan santai hari ahad baru ni...

Target kayuhan ialah cuba untuk kayuh selama yang mungkin tak kira berapa laju... ini termasuklah berenti makan pagi, rehat pasal overheat, makan tengahari dan solat... lojistik sendirian berhad... ada sarung, t-shirt spare, sabun, tuala dan lain-lain alat keperluan...

Perjalanan keseluruhan seperti yang dirancangkan cuma sekali beskal pancit terkena paku.. tempoh keseluruhan kayuh 5 jam, total rehat 3 jam... jarak 100++km heeeheee....yang lain-lainnya Alhamdulillah...
Kami bertiga saja....




Lama sangat tak lalu kawasan ni.. dulunya ia memang redup dan memang syok kalau kayuh kat sini... tapi skg dah gondol... huh... manusia manusia...

Cruise to No Where?

Kuala Selangor

Ke Tanjung Karang

Atas jambatan kat Kuala Selangor tu.. sebelum ni lalu je tak sempat ambik gamba...

Jalan ke Tanjung Karang ni kira selamat pasal ada laluan khas untuk motosikal dan beskal...

Rehat kedua, Petronas Tanjung Karang... panas wooo... hentian pertama, sarapan tak sempat ambik gambar pasal lapar sangat.. heheee...

Laluan ni memang panas.. tak ada tempat untuk berenti berteduh pun pasal kiri kanan jalan ada longkang besar...

Perhatikan bayang beskal tu... mmmmmm.....

Berenti rehat untuk makan tengahari dan solat zohor...

Ntah apa nombor yang aku nak tunjuk pun aku tak tau...

Fuh... lega.. boleh berenti tempat teduh...

Makan mcm untuk 6 orang jer...

Berhenti untuk solat zohor.. aku respek masjid ni... walaupun dalam kampung, diorang ada menyediakan tempat untuk musafir berehat serta kemudahan tandas dan bilik mandi yang bersih... Niat Tahyatul Masjid.... Alhamdulillah... bertambah lagi satu masjid dalam koleksi aku... Alhamdulillah...


Posisi GPS dan Tri bag yg betul betul sesuai.. pasal buleh ambik camera dan lihat data dengan mudah..

Jalan ni paling teduh dan rimbun yang kami lalui sepanjang hari ni... itu pun bila dah dekat nak sampai umah... huh...


Kayuhan ni paling jauh, paling panas dan paling paling sejak aku mula berkayuh selepas pembedahan tempoh hari... sampai rumah je hidung berair mcm nak selsema dan badan rasa pijar dek berjemur tgh jalan tu... Apa-apa pun memang best giler...

Pssst... Ada projek yg lebih beso dari ni ke???

2 comments:

Amni Zafirah Sha'idi said...

ado.....balik kampung nanti bolehle kayuh basikal......hi hi 3X

Yusri Yusoff said...

oooo....