Sunday, February 1, 2009

Kayuh Santai

Setelah lebih 6 bulan tak mengayuh MTB akhirnya hari ni aku bersama kengkawan beskal di BTP ni membuat kayuhan santai di Ladang Tuan Mee... kalau nak dikira, aku lebih selesa berMTB berbanding dengan kayuh beskal road pasal MTB lebih santai, relex dan tak la sepanas masa dok kayuh kat jalan tu... tambah pulak kayuh dalam bukit ni, memang sungguh menenangkan kepala otak kalau tengah tension....

Disebabkan aku dah lama tak berkayuh maka kayuhan hari ni memang betul betul santai.. terima kasih kepada Chiko, Chai, Syuq, Ayahanda dan Daniel yang sudi berkayuh mengikut pace aku yg slow ni... pengorbanan gak tu namanye...

Dari kiri Daniel, Syuq, Ayahanda, Chai, Aku & Chiko.. terima kacih skali lagi pasal sudi temankan aku...

Orang umah cakap badan aku dah mcm tong, perut dah kedepan... cobaaann....

Masalah kecil masa kayuhan, beskal Ayahanda kena "ChainSuck", terpaksa la dia tolak beskal masa mendaki heheeee.... buleh la excuse kan bang?

Tengok dekat sket, ubat untuk "ChainSuck" ni memang dah sedia ada dalam ladang ni.... Chai gunakan buah kelapa sawit utk membuang lumpur dan melincirkan sket rantai beskal ayahanda....

Lama betul tak kayuh sampai kawasan ni yang dulunya rimbun dengan pokok sawit sekarang dah lapang... dengar dengar cerita nak buat highway kat sini... mmmm bagus la mcm tu... tak payah nak keluar ikut tol rawang lagi...


Alhamdulillah.....

No comments: