Tuesday, November 25, 2008

Monopoli

Sekarang ni musim cuti sekolah, bawak keluarga bersiar-siar meronda kawasan kira satu aktiviti menarik... selain dari itu, masa terluang musim cuti ni kami tak sia-siakan. Ada satu permainan yang agak kerap kami sekeluarga main bersama iaitu Monopoli.

Aku setuju benar kalau orang kata permainan ni boleh meluaskan pemikiran mereka pasal aku dapat perhatikan peningkatan dari banyak segi jika dibandingkan dengan masa mula-mula kami main permainan ni. Antaranya ialah budak-budak ni nampak lebih selesa mengira duit, mula menggunakan logik akal, bermain dengan strategi dan tak kurang jugak yang cuba menipu hehehee....

Aku rasa kita sebagai ibubapa dapat meneka perangai budak budak ni dari cara mereka bermain... baik dari segi sikap yang suka membantu, loqlaq, kesabaran dan juga toleransi.... apa apa pun aku rasa berbaloi beli Monopoli ni, almaklumah reganya pun boleh tahan gak...

Sekarang ni aku dengar, ada permainan yang sama dengan Monopoi ni tapi permainan perniagaan berkonsepkan Islam... Kengkawan sapa yang tahu pasal permainan ni boleh la bagi tau aku yer... kalau dapat tukar ke permaianan baru lagi siok kan kan kan....

Anis ( yg sengih tu ) bangga dengan tanah yang banyak, sampai 8 keping tanah dia beli tak sampai separuh permaianan lagi... last last si Anis ni terpaksa gadai tanah dia pasal takde duit nak baya hutang.... uh uh uhhhhh cian Anis...


Mirul & Ijan, lebih suka pegang duit kat tangan... nampak lebih "real" kata mereka


Aku jaga bank & pembantu Alia ( pasal dia tak pandai kira duit lagi, almaklumlah baru 5 tahun.... )

Juruwang tak bertauliah... Aufa ( 3 tahun ) susun duit ikut warna... setakat ni tak banyak kesilapan yang dia buat... pandai budak ni Alhamdulillah...

No comments: