Saturday, February 6, 2010

Carbo Loading

Lama betoi tak bercerita, ni facebook pnye pasal la ni...

Malam ni 6/2/10, aku akan masuk acara larian acara 7.7km je sempena dengan PutraJaya Night Marathon. Acara pertama aku sejak pembedahan otak yg lalu... skg ni aku nak tengok takat mana aku boleh tahan ngan pening kepala aku ni dan aku rasa aku antara beberapa orang perserta dari beribu tu yang masih kena makan ubat darah tinggi walaupun latihan cargas dibuat hari hari... Alhamdulillah...

Kalau sebelum ni nak pegi race triathlon, pada malamnya akan diadakan carbo laoding dinner, jadi malam tadi kitorang pegila ke restoran steamboat utk carbo loading kononnye... tak pernah aku makan steamboat ni seingat aku la... ini la 1st time...

sabar menunggu...

Lauk pilihan

tunggu sup & pan tu panas dulu... tak sabar ni...

jom main masak masak....

suka betoi kanak kanak ni...

Lepak sambil makan... ke makan sambil lepak lepak


pergh.... kenyang wak... Alhamdulillah...

majlis selesai... harap-harap malam esok ok ler... InsyaAllah...

Sunday, January 17, 2010

Santuari Gajah

Satu lagi aktibiti yang tertinggal utk direport masa cuti sekolah tempoh hari. Asalnya bercadang nak bawak kanak2 ke Zoo tapi memandangkan zoo tu dekat sangat dan cuti terlebih panjang maka kami panjangkan perjalanan ke Lancang Pahang. Dapat tahu dari sahabat yang dah pergi, tempat ni masuknya PERCUMA cuma nak kena drive jauh la sikit.
Kalau datang awal, sekitar pukul 10pagi, ada kemungkinan boleh dapat pass utk mandi dan naik gajah. Kami dapat kedua-dua pass tu, tapi cuaca dan perasaaan tak mengizinkan...
Exit pertama LPT dari Tol Karak, takda la jauh sangat. Deer Farm kalu tak silap aku ada kat sini jugak, maknanya boleh melawat 2 tempat skali.

bergambar jauh je dengan anak-anak gajah, takut rantai putus katanya heheee.....

bagi makan kat gajah, kacang ni ada dijual oleh staff sanctuari ni..

anak gajah ni dijumpai di Endau Rompin, tapi masa tu dah tak bermaya pasal kaki terkena jerat, ada kesan luka gak kat badan dia ni... kesian sungguh... akibat manusia tak nak guna akal

Ronda-ronda kawasan sekitar sambil rehat. Nak tengok gajah mandi pukul 3 petang...


Anak gajah pun dah lebih tinggi dari kita yg dewasa

Jurugambar bertugas dengan tag tak boleh naik gajah, pasal tak cukup umur...

diajar untuk mendengar arahan

Gajah dewasa, mandi dengan gembala. Gemabala ni bukan orang kita ni, katanya dari Myanmar, Thailand... agaknya pasal pakar kot...

Ramai boleh tahan gak... camne diorang tahu tempat ni ek... aku pong baru je tahu...



Lepas mandi sungai, kena bilas plak ngan jet wash... fuh ganaz ganaz...

Sampai masa nak balik pun, rombongan ambo ni masih lagi takut takut nak bergambar dekat ngan anak gajah tu

On da way balik, kelaparan yg amat.... singggah restoran tomyam jap...

Burrp.... Alhamdulillah....

Sampai umah dah lewat malam... tapi satu hari perjalanan bersama keluarga yang betul betul best....


Lupa nak ambik gambar, kami singgah di Kompleks Renang Sri Siantan, Selayang dulu masa on da way balik... geram tak boleh mandi ngan gajah, jadi kami mandi manda dulu kat kolam tu....

Alhamdulillaaah.....

Monday, January 4, 2010

Ronda-ronda KL - Pusat Sains Negara

Lewat betul posting kali ni, dah nak masuk 2 bulan dah.. tapi takpa, janji ada cerita...

Destinasi cuti sekolah yang seterusnya... Pusat Sains Negara. Kami pilih tempat ni pasal tengok kat dalam website tambangnya murah ajaaa... Sampai saja kat PSN ni, kami cari kaunter tiket, skali pakcik jaga tu cakap masuk percuma jer... aku tak pasti percuma tu untuk hari tu je atau memang tempat ni percuma.

Selalu sangat melewati kawasan ni, jadi kali ni kita melawat pulak..

Tak tahu yang visitor boleh parking kat dalam, akhirnya terpaksa menapak dari parking lot kat luar

Down Periscope!

Cinonit... skg dah darjah satu

super busa

Demo dengan Nitrogen Cecair

Aksi aksi bakar tangan oleh Chemist Pusat Sains...

Komputer jenis mcm ni aku sempat guna masa kat sekolah dulu... skrin monochrom lagi masa tu, disket program dan disket data berlainan...


Amboi amboi...

macammana la saintis arab dulu boleh fikir nak buat benda ni... huh, tak terjangkau dek fikiran...

Ruang legar PSN

Lobang lalak... bleh release tension dengan melaung kat sini



Terkandas pasal hujan lebat

kat sini pun ada akuarium besau..

Monday, December 28, 2009

Cuti-cuti KL

Sekolah dah nak buka ni, cuti 2 minggu kat kampung pun dah berjaya diselesaikan. Ada berbaki sikit-sikit lagi cuti sekolah ni, jadi kami sekeluarga gunakan utk ronda-ronda sekitar KL. Banyak lagi tempat yg belum dilawati rupanya...
Pustaka Peringatan P Ramli... tersesat cari tempat di Setapak, skali jumpa tempat ni plak...

Miyoi... rehat kejap rumah adinda di Balakong, nak bawak kitorang gi Putrajaya katanya... orait boss, kami ikut...

Anis...

Masjid Putrajaya

Lepak-lepak sambil makan-makan...

Makanan simple jer...

test-test..

Lepak jap, hilangkan penat berjalan seharian

Masa nak balik, terambik plak gambar ni...