Wednesday, December 8, 2010

Ulu Bernam MTB Jamboree

Salam....
Alhamdulillah... kali ni berpeluang berkayuh MTB pula di Ulu Bernam. Uniknya acara ni ialah tempat yang dianjurkan oleh penganjur berubah ubah tempatnya. Tahun lepas kayuhan seperti ni diadakan di Antara Gapi... Aku secara personal puas hati dengan pihak penganjur... Stesen air, pisang, minuman isotonik sentiasa ada dan ramai petugas yg bertugas... Lepas selesai kayuhan pula pelbagai makanan dah tersedia termasuklah acara acara sampingan lain.... Tahniah!!!

Sedikit gambar masa acara tu...
Sampai dikawasan mula dah lewat.... parking pun hujung hujung aje... sampai tempat mula pun tak kelihatan...

Rantai ni aku tukar sendiri... masih baru lagi dari kotak, tapi dek silap pasang tuan haji chai suruh potong lagi, pasal rantai tu panjang sangat katanya... kesilapan aku ialah aku tak gunakan pin penyambung yang dibekalkan untuk menyambung rantai tu... dalam masa singkat je tn haji potong rantai aku tu... cekap betul pakcik ni... TQ Tn Hj.

Baru aje mula kayuh, rantai pulak putus... ini gara gara aku salah pasang semalam la ni... sib baik Chai ada lagi ngan aku masa tu, terus dia buat sambungan kecemasan.... baik baik je selesai sambung rantai, acara dah dimulakan... perghhh laju sumer rider nih...

TQ TQ TQ Chai....
Gambar masa kayuhan tak ada pasal malas nak keluarkan fon... ringkasnya trail ni memang layan dikayuh.... cuma takda kawasan teknikal je... bukit yang nak kena krabat pun buleh tahan gak.. .heheee...
Macam macam makanan ada.... best best,,,,


Cuma yang kurangnya aku sendiri... tak dapat nak tunggu hingga lucky draw pasal nak kena balik awal.. nak rehat dulu pasal malamnya nak kena masuk kerja...
Partner sekereta... Mr. Mantoi... siap bawak beg pasal nak gi tapau nasik kat finishing.....hehee...
Sampai rumah, terus kasi cucik itu beskal tp bukan aku yg cuci... kanak kanak tgh main air masa tu, jadi aku mintak tolong la diorang cuci beskal ni skali... Alhamdulillah....

No comments: