Sunday, April 26, 2015

Ride Frazer Hill

26/4/2015

Sekarang lebih bersemangat untuk bermotosikal bersama-sama kerana masalah bluetooth dah setel. Boleh la kami berbual masa tengah ride. Sangat mengurangkan boring.

Kali ni tiba-tiba je rasa nak ke Fraser Hill, almaklumlah lama sangat tak naik sampai atas. Terbaru masa trekking di Puncak Pine Tree dan Double Hills.

Kami pernah drive ke sini, tahun 1999 kalau tak silap, anak dua  masa tu tapi kami terpaksa drive turun pukul 10malam pasal anak sulung tak senang duduk.

Lain-lain yang selalu buat adalah berbasikal kesini, sekali sampai menara jam dan yang berkali-kali lain tu sampai ke Gap je. Ok la tu... heheee

Layan motor kat sini memang best, sejuk dingin je. Tapi masa dekat emapangan bawah sana panas tak ingat pnye...

Gamba gumba skit macam biasa :-)

Sebelum sampai ke simpang Gap kami singgah di Papan Kenyataan ni. Tempat Henry Gurney kena serang hendap dek komunis. Pernah terbaca bahawa, penduduk Palestine bergembira bila mendengar berita kematian si Henry Gurney di Malaysia ni. Patut la namanya dok di sekolah budak-budak nakal di Melaka. Memang jahat orangnya.

Tak perasan pulak ada batu ni masa naik sebelum ni. Mungkin kali ni ride perlahan sangat kot :-)

Tak ada apa yang best kat sini kalau nak diikutkan. Tak happening la kata mat saleh. Tapi kalau datang nak duduk relek-relek dan tenangkan otak, sini lah tempat yang sesuai.

Ngeteh di restoran tepi padang golf pong sodap.


Takde plak aku nampak pemukul pemukul bertugas hari ni


Sekadar untuk buat rujukan besok-besok takut ada plan nak bermalam disini.


Lepak kedai kopi tak kurang jugak lamanya. Kami ambik keputusan untuk gerak turun. Langit kat atas pun macam tak best je masa tu. Jam pukul 2 petang. Singgah solat Zuhur di Masjid dekat-dekat situ dan bergerak turun.

Pemandangan masa turun pun best gak.

Ada satu jambatan masa perjalanan turun ni, pemandangan memang best, luas mata memandang tapi makcik plak gayat nak berhenti atas jambatan tu.. Tinggi sangat katanya.. Takpa laaa... Lenkali kita ambik gambar atas jambatan tu.


Sampai rumah pukul 4 petang. Singgah Bandar Sg. Buaya kejap sambil-sambil tengok bekas rumah sahabat kami... Masuk tol sg buaya, main hujan baaeeekk ponye sampai umah.

Alhamdulillah

Sunday, April 19, 2015

Batu Arang Heritage Ride

Dapat jemputan last minit pasal ada sahabat yang tarik diri. Pagi-pagi siapkan beskal dan bekalan air kua rumah terus ke rumah aboi utk dapatkan passport kayuhan.

Laluan kali ni sekitar Pekan lama Batu Arang. Jarak perjalanan 30km sahaja tapi aku tau betul kalau jarak pendek macam ni, laluan pasti sukar. Bukit canak sudah pasti.

Seperti tahun lepas, memang ramai pengayuh tapi ikut kata penganjur jumlah keseluruhan peserta kali ni adalah 1200 orang.... Woowww... ramai tu... jem la trailhead nanti.


Panas yaa ampooon... bekalan air pun dah makin kurang ni.. kena bajet skit


Tak banyak gamba yang diambil, terlalu ramai peserta dan terlalu panas laluan tu.

Ambik je medal, aku terus ke khemah makanan, layan air sirap pun jadi...

 
Alhamdulillah
 


Alhamdulillah