Sunday, March 15, 2015

Jalan jalan Cameron Highland - Gunung Berinchang

Cameron Highland pun lama dah tak sampai. Kali ni kami book je hotel, sampai masa terus pergi...

Macam biasa dok sini memang best..

Rancangan utama, kami berdua bercadang nak menapak naik ke Puncak Gunung Berinchang.

Pernah buat "ride n camp" di situ tak lama dulu. Sejuk yang amat waktu malamnya. Bunyi menara telekomunikasi ditiup angin waktu malam mcm duk kawasan puaka la plak.


Copthorn Hotel, kami pilih pasal dekat ngan gerai-gerai sayur d Kea Farm. Bley shopping sayur segar utk makan dalam bilik.


Self timer dengan fon je


Awal pagi kami berdua mulakan perjalanan betul betul jalan kaki ni. Awal tu maksudnya pukul 830 pagi :-)


Kanak-kanak tak mau ikut pasal masing masing ada rancangan masing-masing. Nak ke gym, nak sambung tido, nak gi swimming pool. Pool kat sini airnya hangat.


Welfie la sapa lg nak tulon ambik gamba. Background ladang teh Sungei Palas.

Kalau ikut GPS, perjalanan pergi balik sejauh 13km dari hotel. Hamtam sajalah...


Pagi ni diorang lakukan aktiviti membaja. Guna kapaterbang tu... Hebat betoi... Baja diorang ni dalam bentuk pallet. Asap putih tu sebenarnya pallet warna putih.


Mak Kebayan


SOS....

Tenang betul kalau boleh lepak sini


Dalam 2km sbelum puncak, ternampak la plak ada kebun ni, katanya kebun strawberry tertinggi di CH.. Mana taknye tinggal 2km lg dari Puncak Gunung Berinchang.


Apalagi, bersantai la...





Kensel perjalanan ke puncak pasal mem dah tak larat dan masa tak mencukupi Tengahari nak kena check out plak.


Lagi gambo sebelum turun


Diorang ni membaja dari pagi sampai tengahari.



Kami sampai ke bilik jam 1115, kemas-kemas barangan utk gerak pulang.

Lain kali jika ada kesempatan, kami nak cuba lagi menapak naik ke Puncak  Berinchang dari hotel. InsyaAllah....

Alhamdulillah