Tuesday, March 15, 2011

Kenduri Kahwin

Salam.....
Minggu cuti sekolah kali ni aku kena balik kampung sesorang utk upacara perkahwinan Chiko. Sepatutnya kami sekeluarga bercuti seminggu di kampung tapi disebabkan kakak ipar aku ada rombongan meminang di KL maka terpaksa la aku pecah pecah kan kehadiran tu...
Aku tetap balik kampung untuk majlis kahwin chiko tu pasal dah lama janji, org umah aku dok la umah layan kakaknya dan keluarga bertandang ke Rawang.

Biasalah, kereta ada satu je. Aku layan motor lagi la balik kampung kali ni. 2 minggu lepas dah balik ngan motor dengan anak aku. Pergh... selang seminggu tu...

Takpalah, ni skit gambar nak dikongsikan.....

Aku nak ambik gambar finishing line Jelajah Malaysia kat Bentong ni, tapi disebabkan malas nak berhenti aku hantam je. Maka masuk la gambar apek ni... tadak hal....

Setiap kali melalui kawasan ni aku teringin sangat nak ambil gambar tapi tak sempat... kali ni aku siapkan kamera awal awal....

Bukit 7 Merapoh

Kamera tak ok kot... spatutnya pemandangan sini memang lawa...
Cuaca hari tu mendung aje... memang layan bermotorsikal kali ni...
KB Mall.... 6 jam untuk perjalanan Rawang - KB... ok la tu..
Geng geng BBB yg sempat singgah di rumah kedai kitorang.... Trimo kasih Ckuku, Aboi, Muda & Langgar ngan keluarga mereka kerana sudi singgah di rumah kami ni...

Pukul 1000 kami terus ke rumah Chiko, skali sampai kawan masih bertuala lagi... uh uh uuuh.... awal sangat la ni...
Posing pengantin baru
Bersolek...
Panglima Chiko ari ni yek! heeeheheeee
Bergerak ke rumah pengantin perempuan jam 1100, ikut pada jam kira majlis paling awal pernah aku ikut... hujan rahmat hari tu.... kejap hujan kejap reda.... Alhamdulillah
Otai ni... tengok lense la... betoi tak Aboi...
Abg Langgark pun kira "Otai" gak tang nikah kawin ni..

Berhujan kita hari ni... aku ingat masa majlis kahwin adik aku si Farid.... siap banjir lagi...

Cobaaan....
Otai tak payah dok tempat spesel... celah tingkap ni puon jadik...
Muda... tengah buat praktikal ni... tengok flash dia tala kemana? lepas dia ambik gambar ni berpinau bijik mata ambo.... betuah betoi si Muda ni...
Tengok plak flash otai muda Ckuku ni... ini la yg sepatutnya si muda tala flash dia tu...
Dari jauh je menembak...

Kameraman on duty...
Selamat Pengantin Baru Chiko.... moga berkekalan hingga ke akhir hayat... Amiin.

lapar ke bang Hujan lebat betul masa rombongan sampai.... perhatikan... tak ramai lagi tetamu masa kami sampai pasal awal sangat. Tapi aku stuju dengan jadual ni pasal rombongan pengantin tak payah nak menyebok dengan tetamu lain. Besan pun sempat bercerita pasal orang tak ramai lagi....

Lauk pung banyak... maklumlah takda orang sentuh lagi...
Kenangan...
Selesai je majlis tu aku terus balik rumah ngan Muda. Aboi, Ckuku & Langgark pula ke sempadan... Rantau Panjang katanya... apa lagi borong sakan la...
Sampai rumah aku baring kejap, rancangan nak gerak balik Rawang pukul 1530 hari tu. Sedar sedar je dah pukul 1800... mmmm jalan tetap jalan... lewat la skit...
Sempat jugak mengeteh dengan Aboi & d geng kat Bukit Bunga.... Perjalanan lepas ni, konar monar di Jalan Jeli - Grik. Masa gerak dari sini 2000HR. Canteeek...
Ckuku blanja makan.... TQ Ckuku
Aku blasah je ambik gambar ni... kat atas jambatan Tasik Temenggor
Terpaksa berhenti isi minyak di Grik, pasal masa isi minyak di Jeli kawan pam tu tak tutup tangki minyak betul betul... patut la aku asyik dok bau petrol je spanjang perjalanan dari Jeli Grik.
Selalunya aku akan isi minyak di Hentian Sungai Perak. Satu lagi aku kena berhenti untu1k pemmeriksaaan polis.... dekat 20minit kena tanya macam macam soalan yg entah apa apaaa daaaa.....
Berapa laju tadi, hujan tak tadi, sorang je ke, berapa rega motor ni, apasal enjin terkeluar.... Cheh, cakap la nak tanya banyak lagi.. buleh la aku double standkan motor tu... pastu boleh la kita lepak lepak abg polis weh.....
Hentian seterusya di Tapah, sorang kawan motor datang kat aku mintak tolong pasal rantai motor dia putus... alamak.... apa aku nak buat? Nasib baik ada lagi sorang kawan dia yang nak tolak motor tu ke exit terdekat.....
Sampai rumah pukul 0200hr...
Alhamdulillah....