Monday, June 7, 2010

Cuti Sekolah Day 3 - Jim Thompson Trail

Salam....
Masuk hari ke 3 kami di CH ni.... hari ni ada kayuhan BBB ke Laluan Jim Thompson yg tersohor tu... masuk yg ni dah 4 kali aku kayuh trail ni... memang best...
Berkumpul kat Habu sebelum memulakan kayuhan di Lembah Bertam...

Power charge
begambar sket
Doa moga selamat perjalanan kami hari ni... InsyaAllah Amin
Jalan ni dah hampir siap... kalau siap nanti boleh la naik ke CH ikut Kuala Lipis pulak
Berkumpul di trail head... lepas ni mendaki, misti la mendaki... nama lagi bukit
kayuh dan kayuh
dan kayuh dan kayuh
dan kayuh dan kayuh.... huh.... jauh gak climbing ni...
panjat punya panjat.... akhirnya sampai la jugak di check point 1.... kawasan baja taik kuda...
Selepas penat mendaki tadi kami dihidangkan pulak dengan downhill sejauh 7km... tapi kali ni separuh laluan ni dah rosak. Katanya projek tanaman sayur haram oleh tokey tokey...

memang tamak manusia nih... habis rosak trail beskal kitorang...
lenguh tangan dok layan downhill tadi, kami tiba di perkampungan orang asli yg pertama...
masa mula mula aku kayuh kat sini dulu, hampir semua rumah macam ni.... tapi sekarang dah banyak berubah... kebanyakannya rumah batu, siap dengan bekalan letrik dan air...
Ini pulak rumah tok batin kampung ni... rumah batu dia dah siap tapi masih lagi selesa dok rumah lama ni... lagi tenteram katanya

Rehat lagi... biasa la tu, ini kan kayuhan santai...
Memang betul masa depan mu bermula disini... lepas ni nak kena mengadap bukit... kena mendaki sampailah ke ladang Boh dihujung sana.... 30km kot pendakiannya...
20 minit mendaki, kami tiba pula di kampung kuala boh ni. Penempatan orang asli pertama yg memeluk Islam di Malaysia ni... kata ketua kampung ni la...
memang dah biasa setiap kali kami sampai... kanak kanak ni tak lepaskan peluang untuk mencuba
Nasi bekal dari orang umah.... wah wah wwaaaahhhh En Aboi ni....
kanak kanak ni tak besar besar ke? aku datang 5 tahun lepas pun mcm ni gak diorang heheeeee...
Solat di Masjid Kampung Kuala Boh...
Amiiiiinn..... penat dah ni weh...
bersama tok ngulu kampung ni...
ini lah masjidnya... ringkas je
Selesai solat dan rehat tadi kami sambung pulak pendakian... dan berkumpul semula di air terjun ni....
maggi pong sodap...
Cara tidur di kwsan tak rata....
tapi kalau dah tak larat sangat maka anda boleh la tidor mcm kat rumah ni... buat la mcam rumah sendiri yer...
lagi satu makanan rasmi masa trekking
habis satu seksa mendaki... kali ni mendaki kat ladang teh pulak.... yang ni ok sket pasal pemandangannya memang best..
aksi sembunyi sembunyi... takut mandor teh nampak ni
berhenti rehat pasal dah tak cukup nafas.....
Pokok bunga kertas ni adalah yg paling besar pernah aku tengok...
kumpul dan rehat

makan lagi mana yang patut....
lorong ni lah satu satunya laluan pintas sepanjang kayuhan ni... bila lagi nak merasa tolak beskal tepi pokok teh
jangan lupa... gunakan talian hayat jika perlu
memang best kayuh kat sini...

lagi satu perkampungan pekerja ladang boh dari kejauhan.... zoom tak cukup

dah sampai dah....
Sebelum bersurai... bergambar la beramai ramai dulu...
sampai kat parking kereta dah maghrib
itu lah dia kayuhan kali ni... semua selamat melangsaikan tugasan mendaki tadi.... Alhamdulillah...