Wednesday, February 25, 2009

Hepi Besday Anis


Anis... no 3 dari 5 bradik.. orang cakap no 3 ni lebih berdikari dan lebih suka ikut cara sendiri. Mungkin gak ada betulnya pasal dia memang senang dapat kawan....

Luv Anis....

Tuesday, February 24, 2009

Kayuhan Kenyit-kenyit mata di LTM

Cadangan asal kayuhan hari tu hanya beberapa orang je nak ikut, tapi sekali masa berkumpul tu dah jadi ramai la pulak... terima kasih kat geng rawang perdana kerana sudi datang mengasah kemahiran teknikal berbasikal slepas asyik dok kayuh naik bukit je di kawasan diorang.... maknanya diorang ni memang fit fiz fix :-)

23 orang sumer yg ride ari tu... fuh.. ini kira kayuhan pertama selepas opreation aku tempoh hari dgn rider yg bgini ramai...

Macam keyuhan aku yg sebelum ni jugak, aku tak boleh terus berenti kayuh selepas mendaki pasal kalu aku brenti jugak trasa kepala ni macam diletak batu je... dulu takde plak aku rasa mcm ni... ntah sampai bila benda ni boleh hilang aku pun tak tau...

sket gamba kayuhan tempoh hari...


Rantai beskal pun boleh putus psl ridernye power giler...


si cilik ni pun tak kurang hebatnya kalu bab bab turun teres ni...


rehat kejap selepas mendaki, nanti lepas ni nak layang teres plak....


Risiko tanggung sendiri... kalu takat jatuh senak senak ni kira biasa la dlm MTB...

Wednesday, February 18, 2009

Al-Fatihah

Untuk kali ke-2 aku postkan Surah Al-Fatihah serta terjemahannya. Baca dan fahamkanlah maksud surah ini serta hadiahkanlah kepada Allahyarham sahabat aku yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Bukit Beruntung (17/2/09) tempoh hari. Moga rohnya ditempatkan bersama Syuhada dan Solihin. Ya Allah tabahkanlah hati ahli-ahli keluarga Allahyarham dalam menempuh dugaanMu ini Ya Allah... Amiiin....



Al-Fatihah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)
(2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)

Monday, February 9, 2009

Cherating oh Cherating

Percutian ke Cherating kali ni boleh dikatakan kureng best sket disebabkan beberapa sebab sebab yg menyebabkan tersebab.....

Pertamanya kami buat booking untuk bercuti di Cherating ni sebelum raya cina lagi tapi bila sampai minggu nak pergi tu sekali ajen yang buat tempahan tu kata dia terrrrlupa mau book... jadi? apamacam aku tanya dia? dia kata sori incik bilik dah habis dah... itu je??? hampeh pnye orang, masa nak mintak aku register pakej percutian ni bukan main lagi cair lagi mencairkan...Chissss....

Nak tak nak, alang alang otak dah set untuk bercuti 2 3 minggu sebelum tu lagi maka kami buat la tempahan di satu resort utk penginapan 3 hari 2 malam... Jadi nak dipendekkan cerita, kami dok sana 1 malam je pasal sebab sebab yg menyebabkan tersebab kureng menarik bagi kitorang... Kami balik Rawang selepas 1 malam je di sana.. Dok rumah lagi best cuti cuti ni... boleh gak aku kayuh beskal ke lari lari kee...

Perjalanan dari Rawang - Batang Kali - Goh Tong Jaya - Genting Sempah pasal Batu Caves kompom jem giler musim Thaipusam nih... Bila melalui Goh Tong Jaya, kabus betul betul tebal.. skali pikir baik aku bercuti kat gentingkan?? lagi bagus... sejuk dan dekat plak tu..

Sejuuuukkk.....

Nasib baik la resort ni ada kolam renang... lapang gak hati bila melihat anak-anak bergembira macam ni....

Saturday, February 7, 2009

Lari lari

Huh... macam mana aku nak malas untuk berlari di BTP ni kalu suasana trek larian macam ni... memang best giler. Cuma bezanya ia tak sesejuk tanah tinggi je. Satu lagi yang menarik semasa berlari kat sini ialah anda tidak akan diserang oleh anjing liar pasal anjing kat sini baik baik belaka...

Ada dua tiga orang baru yg berjoging kat sini hari ni... mungkin diorang nak menikmati suasana kabus dan tenang ni....

Finishing Line



Kalau la ada chan pakai benda ni... last 500m kasi boooster sama dia kasi putus itu finishing line punya tali pasal terlebih laju....

Sunday, February 1, 2009

Kayuh Santai

Setelah lebih 6 bulan tak mengayuh MTB akhirnya hari ni aku bersama kengkawan beskal di BTP ni membuat kayuhan santai di Ladang Tuan Mee... kalau nak dikira, aku lebih selesa berMTB berbanding dengan kayuh beskal road pasal MTB lebih santai, relex dan tak la sepanas masa dok kayuh kat jalan tu... tambah pulak kayuh dalam bukit ni, memang sungguh menenangkan kepala otak kalau tengah tension....

Disebabkan aku dah lama tak berkayuh maka kayuhan hari ni memang betul betul santai.. terima kasih kepada Chiko, Chai, Syuq, Ayahanda dan Daniel yang sudi berkayuh mengikut pace aku yg slow ni... pengorbanan gak tu namanye...

Dari kiri Daniel, Syuq, Ayahanda, Chai, Aku & Chiko.. terima kacih skali lagi pasal sudi temankan aku...

Orang umah cakap badan aku dah mcm tong, perut dah kedepan... cobaaann....

Masalah kecil masa kayuhan, beskal Ayahanda kena "ChainSuck", terpaksa la dia tolak beskal masa mendaki heheeee.... buleh la excuse kan bang?

Tengok dekat sket, ubat untuk "ChainSuck" ni memang dah sedia ada dalam ladang ni.... Chai gunakan buah kelapa sawit utk membuang lumpur dan melincirkan sket rantai beskal ayahanda....

Lama betul tak kayuh sampai kawasan ni yang dulunya rimbun dengan pokok sawit sekarang dah lapang... dengar dengar cerita nak buat highway kat sini... mmmm bagus la mcm tu... tak payah nak keluar ikut tol rawang lagi...


Alhamdulillah.....