Tuesday, November 25, 2008

Monopoli

Sekarang ni musim cuti sekolah, bawak keluarga bersiar-siar meronda kawasan kira satu aktiviti menarik... selain dari itu, masa terluang musim cuti ni kami tak sia-siakan. Ada satu permainan yang agak kerap kami sekeluarga main bersama iaitu Monopoli.

Aku setuju benar kalau orang kata permainan ni boleh meluaskan pemikiran mereka pasal aku dapat perhatikan peningkatan dari banyak segi jika dibandingkan dengan masa mula-mula kami main permainan ni. Antaranya ialah budak-budak ni nampak lebih selesa mengira duit, mula menggunakan logik akal, bermain dengan strategi dan tak kurang jugak yang cuba menipu hehehee....

Aku rasa kita sebagai ibubapa dapat meneka perangai budak budak ni dari cara mereka bermain... baik dari segi sikap yang suka membantu, loqlaq, kesabaran dan juga toleransi.... apa apa pun aku rasa berbaloi beli Monopoli ni, almaklumah reganya pun boleh tahan gak...

Sekarang ni aku dengar, ada permainan yang sama dengan Monopoi ni tapi permainan perniagaan berkonsepkan Islam... Kengkawan sapa yang tahu pasal permainan ni boleh la bagi tau aku yer... kalau dapat tukar ke permaianan baru lagi siok kan kan kan....

Anis ( yg sengih tu ) bangga dengan tanah yang banyak, sampai 8 keping tanah dia beli tak sampai separuh permaianan lagi... last last si Anis ni terpaksa gadai tanah dia pasal takde duit nak baya hutang.... uh uh uhhhhh cian Anis...


Mirul & Ijan, lebih suka pegang duit kat tangan... nampak lebih "real" kata mereka


Aku jaga bank & pembantu Alia ( pasal dia tak pandai kira duit lagi, almaklumlah baru 5 tahun.... )

Juruwang tak bertauliah... Aufa ( 3 tahun ) susun duit ikut warna... setakat ni tak banyak kesilapan yang dia buat... pandai budak ni Alhamdulillah...

Aik???

Jikalau tuan bijak laksana, cubalah teka yang mana hujung yang mana pangkal?
( Lada kembar ni kira antara ciptaan yang pelik la jugak, pasal lain dari yang lain... lada pun boleh jadi kemabar siam? Adakah kembar ni disebabkan oleh pembahagian sel yang tak sempurna semasa tempoh embrio macam manusia gak? ...mmmmmm ntah lah )

Thursday, November 20, 2008

Apa dah jadi.....

Cuba perhatikan "Bendera Malaysia" tu dan cuba teka ada berapa negerikah di dalam Malaysia ni.... sungguh mengaibkan....idea dari OP Stupe

Sunday, November 16, 2008

Victorinox

Projek roti kami berjalan lancar. Hingga kini, roti jenis Wholemeal yg kami buat seberat 1kg setiap satu hanya dapat bertahan selama 1 1/2 hari je. Macam biasalah kalu dah ada roti kena la ada pisau pemotongnyer, kalau tidak roti tidak dapat dipotong dengan cantik...

Dari segi pisokologinya, roti yang tak dipotong dengan baik, kurang mendapat sambutan dari anak anak aku... mmmm.... ni dah kira marketing plan gak ni.... dengan itu isteri dan aku memesan pisau pemotong roti jenis Victorinox dari adik aku yang memang arif dalam hal masak memasak ni.. Dia boleh dapat pisau dengan jenama ni dengan harga 10% - 20% lebih murah dari harga pasaran silap silap lagi murah.... hhhehehehe....

Kalau nak tau lebih lanjut atau berminat utk membeli pisau ni, boleh lah kontek si Farid ni di abe_id55@yahoo.com

Pisau jenis ni aku dah pakai hampir 10 tahun tanpa perlu diasah. Selalu digunakan dari masa aku sebok dengan aktiviti luar dulu hinggalah kini...




Kali ni aku nak cuba model ni pulak, khas untuk potong roti heheeee...


Memang puas hati beli pisau ni... Alhamdulillah

Thursday, November 13, 2008

Conteng conteng


Permainan baru kanak kat umah ni.. tak cukup kertas kosong, dinding dan pintu diorang berkreatif... skg ni ngan desktop pc ni pong kena conteng... baguih baguih....

Tuesday, November 11, 2008

Masjid Kampung Laut

Cuti baru-baru ni sempat gak kami singgah di rumah sedara di Kampung Laut dan rumah diorang berdekatan dengan Masjid kampung laut yang baru. Masjid baru ni dibina bagi menggantikan masjid lama yang telah dipindahkan ke Akademi Islam Universiti Malaya di Nilam Puri, Kelantan.

Tak semua barang dari Masjid Kampung Laut lama dipindahkan ke Nilam Puri. Antaranya ialah Mimbar, Beduk dan kolah ni. Gambar mimbar aku tak ambik pasal mulanya aku tak tau yang ianya juga berasal dari masjid lama...





Sunday, November 9, 2008

Kubur, Racun & Penawar...

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ...........

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ...........

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Friday, November 7, 2008

Powerman 2008



Ucap selamat untuk member-member yang menyertai Powerman 2008 ni... moga berjaya menamatkan cabaran... Amiiin....

Wednesday, November 5, 2008

Roti buat sendiri


Memandangkan meningkatnya permintaan roti dalam isirumah aku sekarang ni, maka pihak pengurusan terpaksa mengambil tindakan untuk memproses sendiri roti di rumah...Kami seisi rumah boleh makan 2 pek jumbo roti tu dalam sehari setengah je...

Perbelanjaan bulanan untuk roti sahaja mencecah RM100 sebulan, itu la pasal tergerak hati orang umah dan aku untuk melaburkan sket duit dengan membeli mesin pembuat roti auto.... sumbat je semua ramuan ke dalam mesin tu, tekan butang setting sket... yg lain mesin tu buat sampai keluar sebiji roti.... Huhuuu... canggih canggih... camne aku baru boleh tahu benda ni ada...