Thursday, August 28, 2008

Terjemahan Al-Fatihah

Aku bukan la terer pasal bahasa arab ni.. tapi terjemahan ni aku ambik dari QURAN EXPLORER
Harap menjadi pedoman kita bersama... Amiiin...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (
٧)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)
(2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)

Terjemahan Ayat Kursi...

Aku bukan la terer pasal bahasa arab ni.. tapi terjemahan ni aku ambik dari QURAN EXPLORER
Harap menjadi pedoman kita bersama... Amiiin...


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ (٢٥٥)

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Wednesday, August 27, 2008

Cuti Sekolah di ICU

Cuti sekolah ni tak berapa best utk aku... almaklumlah terpaksa melalui pembedahan otak utk mengeluarkan ketumbuhan di Kelenjar Pituitari... MENGERUNKAN!!!

Pagi pagi bergaya dulu dengan baju bilik bedah ni...


Misi ni seawal pagi dah masuk bilik utk spray lubang hidung aku kasi clear dulu path utk pembedahan...


Misi cute ni plak yg datang lepas tu utk tolak aku ke ICU utk dibius


Bab bius ni yg ngeri sket pasal aku tersedar masa dibius tapi seluruh badan tak boleh nak gerak & mata pun tak boleh bukak tapi aku boleh rasa diorang dok sumbat tekak aku supaya paip life support aku ketat... nak muntah tapi tak leh pasal satu badan dah tak boleh gerak..

Nasib baik la aku sedar kejap je.. pastu terus tak sedar...

Alhamdulillah, pembedahan berjalan dengan lancar hinggalah selepas 5 jam kemudian aku mula dipindahkan ke ICU...



2 hari di ICU (Intensive Care Unit), 2 hari di HDU (High Dependency Unit), 3 hari bernafas ikut mulut = 3 hari tak makan, minum je .... Cukup memeritkan... tapi kalau nak fikir balik, kecik lagi cubaan yang Allah bagi kat aku ni...



Antara hari paling gembira dalam hidup... Penyumbat hidung aku dah dibuang... pagi tu jugak aku balun sarapan kow kow & siap tapau lagi dari umah utk mengisi perut yg dah 3 hari tak berisi ni...


Walaupun dah boleh bernafas ikut hidung, tapi darah masih keluar lagi, maka diorang letak kain plaster ni bagi mengelakkan darah terus mengalir...
Sistem badan tonggang terbalik dalam tempoh 4 hari tu.. air kencing keluar hingga 3Litre sehari walaupun aku tak makan tak minum..


Air Kencing, sistem hormon badan dan yg lain lain tu kena monitor hingga kembali normal...

He heee... hari pertama di wad biasa... masih lagi dengan baju hijau ni... pasal senang diorang nak terjah aku kalu ada apa apa emergency...



Tamat cuti sekolah, aku masih bercuti lagi di spital

Aku baru ingat.. 1 hari di Hospital = 3 hari di rumah rasanya... itu belum campur hari hari di ICU tu.. mmmmm.....

Maaf.. gambar tak berapa lengkap pasal yg dari phone aku ada yg tak boleh dipindahkan ke PC..

Tuesday, August 26, 2008

Lama sungguh...

Alhamdulillah... salah satu cerita dlm hidup dah selesai... rindu teramat utk update blog ni.. InsyaAllah ada kesempatan nanti aku kasi cerita skit skit.......

Saturday, August 9, 2008

Rawatan Lintah

Pegi ke Banting untuk mencuba rawatan lintah dengan harapan kurang sket pening kepala aku ni... Ni ada sket gambar untuk dikongsi

Pakej bekam lintah ni termasuklah urut refleksology, urut belakang dan mandi wap nih..


Mandi wap tadi bertujuan untuk melancarkan perjalanan darah.. dan kemudian diorang bagi aku sekor kat atas belakang


6 ekor lintah semuanya... 2 tepi mata, 2 bawah telinga, 1 di tengkuk dan 1 di atas belakang... Masa ni lintah tu baru nak mulakan tugas... bleh tahan gak besonyer... geli bila nengoknye takyah cakap laa...


Alhamdulillah setelah lintah ni melekat, takda pergerakan pun dari si lintah ni... kalu tidak... mmmm... lagi la bertambah gelinyer... hehheeee


Gambar ni selepas 4 jam lintah tu bekerja.. tengok la saiz tu... ngeri ngeri..


Disebabkan rawatan lintah ni dimulakan agak lewat.. lebih kurang kol 8 malam maka kami ambik keputusan untuk membuang lintah lintah tu kat rumah...


Nasib baik la bila sampai kat rumah ada sorang member yg tak geli ngan lintah ni sudi utk tolong aku buang lintah lintah ni...

Alhamdulillah pukul 1 pagi sumer lintah lintah tu selamat dibuang...

Bleeding sampai petang esoknyer... power betul air liur lintah ni...

Kesannya... Alhamdulillah ringan sket kepala aku ni... aku memang rekemen la kalu ada sapa sapa yg tak selesa badan tu untuk pergi buat rawatan lintah ni... Puas Hati beb..

Alhamdulillaah....

Friday, August 8, 2008

Tahukah Anda - Khasiat air



Dr. Masaru Emoto, saintis Jepun banyak menulis berkenaan kehebatan air.
Katanya di dalam buku The Miracle of Water, "Air fleksibel pada apa-apa yang diucapkan oleh manusia. Sekiranya ucapan positif yang diungkapkan, kualitinya menjadi baik. Sebaliknya, kualiti air teruk sekiranya kata-kata negatif terpacul daripada lidah manusia kepada air itu."

Buktinya, beliau menggunakan beberapa sampel air. Setiap air itu diberikan ucapan yang berlainan, alunan muzik dan label-label dengan perkataan yang tersendiri. Kemudian cawan-cawan itu diletakkan di dalam peti sejuk dengan suhu -25 darjah Celsius atau lebih rendah. Selepas tiga jam, air-air itu dikeluarkan dan menghasilkan pelbagai bentuk yang unik. Setiap butir ais hanya dapat dilihat melalui mikroskop. Sebahagian air itu membentuk kristal yang sangat indah. Namun ada juga air yang tidak membentuk kristal.

Air juga dipengaruhi oleh informasi yang diterima. Emoto ada menjalankan ujikaji dengan menggunakan dua sampel air daripada sumber yang sama. Sampel pertama dilabelkan dengan “Terima kasih”. Manakala sampel kedua diberi label dengan ayat “Kamu bodoh”. Selepas dibekukan, air yang berlabelkan “Terima kasih” membentuk kristal heksagonal yang indah. Sedangkan air dengan label “Kamu bodoh” hanya membentuk pecahan-pecahan kristal.



Dengan terhasilnya penyelidikan saintifik oleh Masaru Emoto berkaitan air ini, ia sekaligus membuktikan keberkesanan rawatan Islam yang dijalankan oleh Dato’ Dr. Haron Din dan kepercayaan orang Melayu yang memberikan anak-anak minum air daripada majlis membaca Surah Yasin.

Itu baru je ucapan terima kasih, kalaulah air tu dibacakan Al-Fatihah ke Ya Siin ke... agak agaknya la kan, lagi la cantik kristal air tu yer...

Thursday, August 7, 2008

Combo

Aku order online CD ceramah Tok Guru & Datuk Ustaz Ismail Kamus kat Kedai online anda. Order 2 CD jer, shkali sampai... naaah 7 keping... termasuklah cd debat minyak tempoh hari.... Steady gak kedai ni...

Hampir ngan tengah jugek...

Larian Half Marathon Klang tempoh hari pun boleh dikatakan dok tengah gak la....

Saturday, August 2, 2008

Bersederhana....

Islam menggalakkan kesederhanaan.... skali tengok aku punye results masa lari 15km tempoh hari tu pun sederhana gak heheee.... dalam semua ketegori aku hampir dok tengah tengah... Alhamdulillah..



Bila la pulak agak agak aku buleh lari ni yer... mmmmmmm ..... InsyaAllah....